Thursday, December 11, 2014

testing testing....

Assalamualaikum...

Fuhhh..... Lamanya tak jengok blog ni....sampai lupa pulak ada blog..hehe
..dua tiga kali jugak try password,nasib baik ingat.

  Lama betul tak menaip serius.selalu taip kat whatsapp  dan mesej aje..rasanya dah boleh mula balik aktifkan blog ni.boleh jugak mahirkan tangan ni menaip...walaupun takde siapa nak baca.

  Ok, maassalaamah..

Sunday, October 2, 2011

tuhan tak mencampuri urusan kita

salam.

dah lama aku nak dapatkan kepastian tentang tajuk kat atas tu. aku tak ingat, idea tu, idea aku sendiri atau aku dengar dari mana mana.alasannya cukup mudah.kalulah tuhan mencampuri urusan hidup kita, tentulah orang palestin tak kena tindas macam harini. pastu islam mestilah sentiasa baik dan molek sentiasa, terutama sekali penganutnya.

orang kita selalu sahaja mengaitkan peristiwa peristiwa yg baginya tak boleh dijelaskan logiknya, dengan keajaiban dari tuhan, dan yg paling ketara bila berlaku musibah terus sahaja dilabel ujian yg datangnya dari tuhan. seolah olah tuhan sentiasa inginkan hambaNya ditimpa musibah dan keburukkan. sedang kan jelas di dalam al quran, Allah menyatakan "setiap yang baik itu dari Allah,dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri kamu sendiri".


jarang sekali kita mendengar dari mulut orang kita,yang mengaitkan campur tangan tuhan bila dia mendapat nikmat, contohnya bila naik gaji, yang disebut hanya majikannya atau usahanya sendiri. begitu juga kalu anak anak cemerlang dalam peperiksaan, terus sahaja berterima kasih kepada guru guru ,pusat tuisyen, atau orang orang yg mendoakan kejayaannya. tidak pula terus mengaitkan campur tangan tuhan sepertiman bila dilanda ujian dan musibah.


idea diatas tidak langsung menafikan kuasa tuhan. cuma nak membuka mata orang kita, bahawa Allah telah menyediakan sistem untuk kita menjalani kehidupan dan Allah tidak sekali kali melanggar sistem itu, contohnya bumi yang bergerak diatas paksinya sambil mengelilingi matahari,sistem itu telah Allah jadikan bahawa bumi mengelilingi matahari, dan tidak sekali kali matahari boleh mengelilingi bumi, walaupun Allah mampu berbuat demikian.


sehinggakan hari kiamat itupun akan berlaku mengikut sistem yang telah ditetapkan(sila rujuk falaq syarie), dan pakar pakar angkasa yg islam mahupun bukan islam telah meramalkan beberapa teori tentang kiamat yang mengikut sistemnya.


ok. itu cerita universe.serius betul ayat aku kat atas tu...ok..kita balik semula kat bumi nyata.


aku cukup sakit hati bila ada bala bencana,gempa bumi ,tsunami, banjir, dan apa apalah yng korang semua tak tahu explanationnya, maka secara autimatiknyan korang akan kata ini semua ujian tuhan..seolah olah tuhan takde kerja lain, selain dari bagi bencana kat korang..


'Allah tidak membuat sesuatu tanpa sebab'. itu ayat quran.. benda benda semua tu, ada sebab musababnya, dan kalau sebab benda yang baik, yang tu memang dah confirm dari Allah, tapi kalau yang buruk macam bencana semua tu, atau anak korang semua tak dengar cakap, biadap, tak hormat orang tua, malas belajar, buang anak,(rujuk harian metro) semua tu adalah dari KELEMAHAN DIRI KAMU SENDIRI...


pasal banjir, tsunami, gempa semua tu korang rujuk jabatan alam sekitar.. yang ada astro tengok discovery,jgn buang masa tengok cerita lawak ngan cerita hantu yng takde pekdah tu....tok det pun dah bagi explanation, pasal apa budak budak kita selalu kena histeria ngan rasuk semua bagai!


dan ada aku dengar jugak bahawa sistem yang Allah jadikan untuk kehidupan manusia adalah kelogikkan(logik),dan Allah takkan jadikan sesuatu tanpa sebab(logik).


ok.aku tahu korang susah nak terima..pastu akan cakap..habih yang mukjizat nabi tu macamana?


ok yang tu aku dah rujuk ustaz bahawa semua mukjizat yang pernah disampaikan oleh nabi muhammad itu adalah benar,dan itu Allah cuma nak tunjukkan kuasa "kunfayakun"Nya.kita mesti ingat,walau pun Allah tidak melanggar sistem yg telah dibuatnya tapi kuasanNya tiada batasan.hanya mukjizat yang diceritakan didalam Al quran sahaja....selain dari itu tertakluk kepada sistemNya(logik)........



wallahua'lam......



salam ukhwah

Monday, July 12, 2010

esq program,saudaraku jangan keliru lagi.

salam

lama betul aku tak update blog ni.nak kata sibuk,sibuk la jugak,tapi sebenarnya takde isu isu menarik yang aku nak taip. cuma ada satu isu ni yang membuatkan aku terasa nak menaip sesuatu.


bagi aku isu ni lebih kurang sama jugak dengan isu isu sensasi yang biasa mendapat tempat dihati rakyat 1malaysia. kita ni minat sangat mencari kesalahan, meletakkan kesalahan dan meng"hilight" keburukan sesama sendiri.


seingat aku, dulu dulu orang melayu taklah pandai sangat buat kerja kerja ni. tapi sekarang ni semakin pandai dan dah macam satu penyakit yang dah merebak dikalangan rakyat 1malaysia. tak kira dipihak pemarintah, pembangkang mahupun yang berkecuali. dan yang paling aku sedih sekali sekarang ni, dah melibatkan agamawan(yang ni betul betul satu malaysia bersatu!)




semua ni adalah hasil didikan paling efektif zaman ini iaitu media. dari surat khabar, tv dan tak ketinggalan jugak laman laman sosial dan blog yang semakin lantang mencari, meletak dan meng"hilight" kelemahan dan keburukkan sesama sendiri. disokong pulak oleh puak puak politik, orang orang yang ada kepentingan dan sekarang, agamawan yang nak meluaskan coverage, rakyat 1malaysia memang dibentuk oleh media utama, dan ustaz ustaz idola 1malaysia ni.




kadang kadang aku macam nak marah pun ada,nak nangis pun ada, bila aku pegi sembahyang jumaat, dan dengar khatib yang baca khutbah pun dah pandai 'hiligt' keburukkan orang melayu islam, siap dengan statistiknya sekali, manakala memberi nasihat hanya dibuat secara umum yang kita langsung tak boleh nak dipraktikkan, sedangkan menceritakan keburukan sangatlah 'detail' dan penuh bersemangat!


Sebenarnya aku baru je habis baca kertas kerja mufti wilayah, punyalah panjang, 40 mukasurat!memang ada asasnya bila seseoring mufti buat keputusan, bukannya dia buat sorang sorang. satu jabatan terlibat!, jadi aku nak nasihat kat korang semua, cubalah respek sikit bila mufti buat satu satu keputusan.




hah, tengok! aku pun dah semakin pandai mencari, meletak dan meng'hilight' kesalahan. terima kasih media media yang dah berjaya mempengaruhi aku.semoga kalian mendapat balasan yang setimpal diakhirat kelak.




sebenarnya,aku cuma nak nasihatkan diri aku dan dah tentu korang semua,supaya lebih banyak membaca dan berfikir dari bercakap, sebab bila kita berfikir dan kita belajar, maka kita akan terasa bahawa banyak benda yang kita tak tahu dari yg kita tahu. dan kalau kita dah terlalu banyak membaca dan berfikir, sampai banyak sangat yg kita tahu, waktu tu kita akan sedar bahawasanya kita ni tak tahu apa apa!


cukuplah tu aku suruh korang berfikir,aku cuma nak beritahu kat korang bahawa inilah artikel pendek yg paling lama nak siap, aku taip perenggan 1 sampai 6 pada 7hb 10 2010, lepas tu aku tak bukak blog sampai hari ni, pasal aku rasa aku ni tak tahu apa apa! aku takut aku merapu tah apa apa!


tup tup hari ni(19 jun 2011),terbukak lak hati aku nak sambung balik pelajaran menaip aku!tak tahulah aku ada orang baca ke tidak,tapi yg penting bagi aku, aku boleh lajukan sikit tangan aku menaip...walaupun guna dua jarii......(tolong jangan gelak!)dan harap harap aku tak merapu mengulas isu yg aku sendiri tak tahu..



ok,selamat malam & salam ukhwah!

Saturday, June 19, 2010

lobai dengan piala dunia



Waktu kecik-kecik aku memang suka main bola. Waktu tu sapa yang ada kasut bola memang tak boleh main bola, pasal orang lain semua pakai kaki ayam!

Pastu kitaorang main kat atas tanah...berdebu! Tiang gol dia pulak kitaorang buat pakai batang buloh. Line jangan haraplah...outside ikut sesuka hati je! Lagi satu kalau masuk gol, jenuh kejar bola. Punyalah jauh bola tu pegi! Pasal takde jaring gol!

Tendangan yang paling digeruni waktu tu "sepak tonjol"...kencang beb!

Jersi kitaorang memang best...tuan rumah pakailah baju apapun, warna apa pun takpe... Jersi pasukan lawan pulak lagi best, langsung tak pakai baju!

Aku main boleh la tahan...tu pun ikut mood jugak! Selalunya ok laaa... Yang aku ingat ada sekali je yang aku lawan ngan pasukan yang luar dari kawasan aku.

Itulah perlawanan paling berprestij yang pernah aku main. And first time jugak main kat atas padang rumput! Siap pakai kasut yang paling femes waktu tu kalau main bola...kasut sekolah!

Waktu tu siaran langsung bola belum ada lagi kat tv. Seingat aku kat kampung aku waktu tu cuma ada 2 biji je tv...satu kat rumah aku, pasal rumah aku, kat depan rumah mak aku bukak kedai kopi!

Dan satu lagi kat rumah Makcik Bom.(rasanya dah arwah dah)

Siaran langsung cuma ada kat radio je. Time tu pengulas paling femes Rahim Razali ngan Hasbullah Awang.

Kitaorang waktu tu kenal pemain bola, baca dalam surat khabar je! Aku ingat lagi along aku memang minat gile kat pemain bola.

Dia pantang jumpa gambar pemain bola kat suratkhabar, habis semua dia gunting! Dia ada dua buku, punyalah tebal. Satu buku dia tampal gambar pemain dalam negara dan satu lagi pemain luar negara.

Aku ingat lagi waktu tu, sapa pun tak boleh usik buku pemain bola dia! Kalau dia tahu, siaplah kena belasah! Dia siap boleh "trade" ngan kawan-kawan, kalau ada gambar pemain-pemain yang hebat waktu tu.

Zaman tu jangan mimpilah nak tengok world cup. Dapat baca dalam suratkhabar pun dah kira hebat gile! Siap boleh sembang satu kampung!

Nak tengok bola kat kedai mamak? Jangan harap! Mamak pun susah nak jumpa waktu tu!Sekarang pusing kiri mamak, pusing kanan pun mamak jugak! Kau tak pusing mana-mana pun nampak mamak jugak! (dah duduk pun kat kedai mamak..)

Tapi sekarang kat mana-mana pun boleh tengok world cup. Dalam phone pun boleh tengok! Sampailah secanggih-canggih tv led yang siap dengan emotion mevement yang lagi best dari tengok kat stadium!

Sekarang ni aku dah tak berapa minat nak tengok. Sebenarnya dari dulu lagi aku memang tak berapa minat nak tengok bola. Aku cuma minat main bola..pasal boleh menyihatkan badan. Bagi aku takde faedah apapan aku tengok bola. Buang masa! Bagi aku tengok bola ni untuk orang-orang yang emosi dia tak berapa nak stabil! (jangan marah...cuba stabilkan emosi!)

Pada aku kalau korang minat dan bersemangat sangat tengok bola, korang jugak memang minat dan sungguh bersemangat kalau nak buat demonstrasi jalanan. (jangan marah..buktikan kestabilan emosi korang!) Semua tu buang masa...semua tu sekadar nak melepaskan emosi korang yang meluap-luap dan tak stabil... Tak percaya? Sekarang apa yang korang rasa bila baca idea aku ni? Dah tentu tak sabar nak luahkan emosi korang kann...?

Huh! Dah la tu... Baru aku cakap sikit dah nak emosi...tu belum lagi kalau aku cakap pasal demo Palestin! Confirm aku kena cop ejen Yahudi!!!

Oklah. Cukuplah aku stir emosi korang...nanti korang buat demo pasal lobai cool pulak!



Sorrylah...aku cuma nak korang semua sentiasa berfikir dan cool dalam bertindak. Sebelum bertindak, fikir dulu! Sebab apa korang buat semua tu? Pastu pikir lagi ...yang korang buat tu ada faedah ke tak? Pastu pikir lagi sapa yang untung... Pastu pikir lagi...apa kesan dia? Pastu yang lain-lain tu....Bak kata orang kampung aku...Lu pikirlah sendiri!
Tapi ,kalau korang dah fikir semuanya dalam dalam, dan masih suka tengok bola, aku hormati keputusan korang pasal sekurang kurangnya korang berfikir dulu sebelum buat sesuatu. Cuma mungkin aku pandang dari sudut yang sangat berbeza dari korang.
Semoga perbezaan pandangan antara kita menjadi asbab untuk kita saling mengenali antara sesama kita.

Ampun maaf. Salam ukhwah dan Ma as salaamah...


Saturday, May 29, 2010

kaum muda,kaum tua,tasawwuf/tarikat/sufi,salaf,tabligh,khilafah,pemerintah, pembangkang,mana satu yang betul

Salam.




Tajuk ni banyak membuatkan korang semua dalam dilema, mana satu yang betul?. Aku pun dulu dulu macam tu gak...dan aku tak suka sesuatu yang takde jawapan.


So bila aku pening dengan satu satu aliran, aku cuba mendalami pemikiran tu...dan macam biasa, aku cuba lihat dari kacamata aliran tu. Dan setelah aku teliti berdasarkan kemampuan aku, aku dapati semua pemikiran yang kat atas tu ada asasnya. Takde satupun pemikiran kat atas tu dibuat secara mudah atau dibuat sesuka hati!.


Setakat yang aku boleh paham, semua pemikiran tu dibuat atau diasaskan berdasarkan rasa cinta kepada negara dan agama Allah. Semuanya mencari jalan terbaik untuk agama dan negara kita ni.


Kaum muda cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan, yang pada aku, banyak jugak yang mungkin ada dalam pemikiran kaum tua.


Kaum tua pun macam tu jugak. Cuba untuk membaiki kelemahan yang ada dalam pemikiran kaum muda. Tasawuf diujudkan untuk mengimbangi pemikiran salaf, begitu jugak sebaliknya. Tabligh juga turut mewarnai dakwah terutama dalam berdakwah pada orang-orang yang kurang pengetahuan dalam beragama.


Khilaafah pulak diujudkan untuk megimbangi kuasa pemerintah dan cuba untuk mengembalikan pemerintahan seperti zaman Rasulullah. Dunia tanpa sempadan!


Pemerintah pulak cuba memberi keadilan (walaupun banyak sangat kelemahan) kepada semua kaum dan agama serta memfokus kepada orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara.


Pembangkang pulak cuba sedaya upaya membetulkan kerajaan yang banyak sangat kelemahan.Terutama dalam pengamalan syariat Islam.


Bagi aku semua pemikiran tu ada sumbangannya dalam agama ni. Masaalah mula timbul bila masing-masing tak mahu belajar dan terus berhenti belajar.


Bila korang dah mula memahami pemikiran kaum muda, maka korang pun berhenti setakat kat kaum muda. Korang berhenti belajar pemikiran-pemikiran yang lain selain dari dari kaum muda. Macam tu jugak ngan kaum tua...tak nak langsung belajar dan cuba memahami kaum muda.


Macam tu lah yang berfikiran salaf pun sama jugak. Tidak cuba memahami dan mendalami pemikiran tasawuf. Tasawuf jugak sering saja menyalahkan salaf. Macam tu lah dengan pemikiran yang lain-lain tu. Kita saling salah menyalah tanpa pernah cuba belajar dan memahami secara mendalam pemikiran-pemikiran yang tak sealiran dengan kita.


Ok. Aku rasa korang dah faham keadaan yang berlaku! Sekarang aku nak bagi cadangan camana nak jadikan hidup korang tidak lagi dalam dilema(aku alu-alukan jika korang ada cadangan lain).


Aku cuma nak tengok ada ramai lagi orang-orang Islam yang sentiasa yakin dengan diri masing masing, bersikap positif serta confident, tanpa perlu asyik menyalahkan orang lain dan dihormati oleh orang-orang Islam lain mahupun yang bukan Islam.


Dan yang paling penting,korang pandai jugak menghormati orang . Barulah korang semua boleh jadik cool macam lobai cool walaupun korang tak berapa nak hensem!(jangan mara aaa)Tapi kalau korang sentiasa cool korang akan nampak hensem jugak! Tapi muka yang hensem tu, akan nampak huduh sangat bila korang asyik menyalahkan orang lain!


Ok,mula-mula korang kena bukak minda korang supaya boleh menerima apa sahaja ilmu, walaupun dari orang bukan Islam. Pasal macam ustaz kat masjid rumah aku cakap, ilmu yang baik tu takde yang kapir ataupun Islam! Yang kapir dan Islam tu ialah manusia. Ilmu semuanya datang dari Allah. Cuma kalau orang Islam buat kita panggil ilmu Islam.


Contohnya ilmu perubatan kalau diamalkan oleh orang Islam kita panggil perubatan Islam. Takkan kita nak panggil perubatan hospital tu kapir pulak, pasal banyak yang dicipta oleh orang kapir! Jadi ilmu apapun semua dari Allah.


Jadi, jangan bataskan pemikiran korang dalam menerima ilmu yang baik dan bermanfaat. Terima apa sahaja ilmu.


Macam tu jugak dengan pemikiran. Korang kena terima pemikiran apa pun.


Jangan risau menerima pemikiran orang lain. Sebab menerima pemikiran orang tak semestinya kita kena ubah pemikiran kita pulak! Dengan menerima pemikiran orang mungkin akan menambahkan keyakinan kita pada pemikiran yang kita pegang.


Lagi satu jangan sekali-kali cuba memahami pemikiran orang dengan menggunakan kacamata kita. Kalau nak betul-betul paham, kita kena melihat dari kacamata pemikiran tu. Baru kita boleh paham.


Kalau kita melihat pemikiran orang lain dengan kacamata kita, maka memang banyaklah kelemahan yang kita akan jumpa!


So, kalau korang dah boleh bukak minda, aku nak bagi cadangan lagi satu.


Kalau korang cenderung pada pemikiran kaum muda, stop!!

Korang cuba rehat kejap.


Tarik nafas panjang panjang. Lepas tu korang cuba masuk pulak dalam pemikiran kaum tua!


Korang pegi pondok mana-mana, korang belajar dan jangan lupa mengaji kitab kuning! Kepada pahaman yang lain lain jangan sesekali menilai pahaman kaum muda selagi korang belum dengar semua ceramah diaorang yang banyak diupload dalam you tube.


Kalau korang cenderung kat kaum tua pun macam tu jugak. Korang pegi beli buku-buku ibnu taimiyah, syeikh abdul wahab, bin baz dan banyak lagi. Dan jangan lupa rujuk dengan ustaz-ustaz dan protaz dia orang!dan dengar jugak ceramah diaorang kat internet.Baru boleh menilai!


Geng-geng salaf bolehlah cari mana-mana kumpulan tarikat/tasawwuf dan jangan lupa bai'ah!korang kena suluk 40 hari dulu, baru korang boleh menilai orang orang tarikat/tasawwuf!Dan geng-geng tarikat/tasawwuf pulak bukak-bukaklah web atau blog geng salaf yang memang banyak lagi meriah! Tukar pemikiran korang, bahawa kita kena beribadah betul betul hanya mengikut apa yang pernah di buat oleh rasulullah dan sahabat sahabat. Utamakan hadis yang soheh. Baru boleh menilai salaf.


Karkun-karkun bolehlah pergi kat mana-mana pejabat cawangan pas, dan jangan lupa daftar! Jangan sesiapa nak cuba mengkritik geng tabligh selagi korang tak pernah keluar sekurang kurangnya 3 hari ngan diaorang. Nak lagi paham korang kena keluar 40 hari!!


Orang umno pulak pegilah ziarah markaz-markaz pas,dan jangan lupa bagi sumbangan. Korang kan banyak peruntukan.. dan sesiapa yang nak mengutuk unmo korang kena ikuti dulu perhimpunan agong umno secara ekslusif dari ucapan presiden sampailah membahaskan usul sul, baru korang boleh menilai.


Dan orang pas pulak berjinak-jinaklah dengan masjid umno, sebab selalunya memang diaorang perlukan sokongan korang bila nak meramaikan majlis! Kepada sesiapa yang nak kritik pas kena pegi buat lawatan ke kelantan dan dengar kuliah suboh dari tok guru Nik Aziz dulu baru boleh kritik.


Aku bagi cadangan bukan apa....cuma aku nak korang betul-betul paham apa yang korang pegang dan apa yang korang nak kritik. Kalau korang tak paham lepas tu nak kritik pemikiran orang lain tak betul, dan hanya pemikiran korang je yang betul, nanti korang akan nampak macam Pak Pandir moden yang tak tahu apa apa pasal motor, lepas tu siap nak nasihat orang jangan membazir guna gear banyak-banyak...guna gear satu je!!! Kalau gear satu dah rosak baru guna gear dua pulak!! Kan ke memalukan...


Dengan bersikap terbuka insyaAllah korang akan lebih yakin dengan pegangan korang,tanpa perlu menyalah orang lain bila ada kelemahan dipihak korang.Bila korang tak menyalah kan orang barulah korang akan perbaiki segala kelemahan dalam aliran pemikiran yang korang dok pegang tu!


Aku bukannya apa,cuma teringin nak tengok semua pemikiran yang ada pada orang Islam tu semuanya saling kuat menguatkan,bukan saling lemah-melemahkan antara satu dengan lain.


Satu lagi pada korang yang nakkan semua pemikiran kat atas tu bersatu dalam satu pemikiran, aku memang tak setuju ngan korang....pasal, bila kita punya pemikiran yang sama, maka kita tidak lagi nampak kelemahan-kelemahan yang kita ada. Dan ilmu Islam takkan berkembang sebab kita dah ada satu pemikiran yang dianggap sempurna. Berlapang dadalah dengan kepelbagaian yang kita ada!

Oklah. Aku bukannya nak mengajar korang...cuma aku nak berkongsi idea dengan korang. Aku tahu idea aku ni banyak kelemahan, tapi aku cuba sedaya upaya nak melihat korang semua, dan aku jugak, supaya bertindak dalam kematangan. Barulah kita dihormati orang! Dan yang paling penting sekali supaya hidup kita lebih cool tanpa ada orang yang menyampah ngan kita dan kita pun tak payah susahkan diri menyampah kat orang lain!!





Oklah salam 1 Malaysia !

Takbiiirr! Allahuakbar!

Monday, May 24, 2010

belajar dengan syaitan

salam.



tajuk ni memang aku tujukan sesangat kat sesiapa yang ada niat nak berdakwah!boleh ke tak aku tak tahu, dah ada fatwa ke belum korang googlelah sendiri.apa apa pun aku cuma nak kongsi aku punya idea,kalau salah bolehlah komen ikut suka hati.aku tak marah..aku suka kalau ada idea yang lain dari apa yang aku pikir.



aku dah baca banyak blog dan laman web.ada yang suka suka ,ada yang meluahkan perasaan,ada yang takde arah,ada yang boring ,ada yang nak berdakwah ada yang nak tunjuk terer(apa apalah),nak bagitahu satu dunia bahawa idea dialah paling tip top!aku bukan nak marah.kan nama aku lobai cool, so aku try to be cool!he he.



tapi bagi aku apapun idea korang,aku tetap hargai,sebab kalau semua orang dengan idea yang sama,tak cool hidup ni!cuba korang bayangkan kalau semua orang sama dan setuju ngan idea korang,punyalah boring!lepas bagi idea semua senyap,takde sape bantah takde sape nak pertikai.lama lama korang pun malas nak bagi idea.



so jangan sesekali menyalahkan idea orang.anggap saje idea yang korang tak setuju tu sebagai warna warna yang menyerikan hidup korang!



dan satu lagi korang cuba paham betul betul sight(sudut pandang) penulis idea yang korang menyampah tu.biasanya setiap idea berdasarkan arah mana korang memandang sesuatu.



contohnya jika korang memandang sebuah kereta dari sudut belakang maka korang pun akan cakap kereta ada lampu merah dan satu pintu(bonet),kalau korang pandang dari tepi maka korang akan cakap kereta ada dua pintu dan takde lampu!macamtulah idea korang bila memandang sesuatu dari sudut yang berbeza.




ber balik pada tajuk kat atas.belajar dengan syaitan.cuba korang pikir,dalam mengajak (berdakwah) berbuat sesuatu, sape yang paling pandai.korang tengok kat sekitar tempat korang.kat mana orang lagi ramai pergi.masjid ke pasar malam?.kat pasaraya ke surau?konsert ke ceramah ugama?tutup aurat ke tak tutup aurat?


sape yang lebih berjaya?pendakwah islam ke,syaitan?!


jadi dalam bab mengajak orang syaitan memang advance!


pendakwah????


kena belajar dengan syaitan!!


oppss!!tarik nafas dalam dalam dan try to be cool!




pasal apa aku pikir macam tu?cuba korang tengok camana pendakwah mengajak orang.kalau orang tak sembahyang pendakwah akan ajak orang tu sembahyang.


kalau tak pakai tudung, suruh orang pakai tudung.


kalau tak kemasjid,ajak orang pegi masjid.sampai imam masjid pun nak ajak sekali!


kalau tak baik suruh orang jadi baik.macamtulah.korang cuba nak suruh orang tu buat apa yang dia taknak buat.akhirnya orang sume menyampah ngan korang.



tapi cuba tengok camana syaitan berdakwah.kalau korang suka sembahyang maka syaitan akan galakkann lagi korang sembahyang sampai korang rasa orang yang tak sembahyang tu semua takkan masuk syurga



kalau korang suka pegi masjid, maka syaitan akan galakkan korang pegi masjid sampai korang rasa sapa yang tak pegi masjid tu semua perosak agama!



kalau korang pakai tudung maka syaitan akan galakkan lagi supaya pakai tudung lagi labuh sampai korang rasa dah tak setaraf nak join ngan orang tak pakai tudung.


kalau korang suka menuntut ilmu,maka syaitan akan galakkan korang menuntut ilmu sampai habis semua ayat quran dan hadis korang hafal,selepas tu tanpa korang sedari syaitan pengaruhi korang sampai korang akan rasa ilmu koranglah yang paling menepati alquran dan hadis dan ilmu orang lain semua tak berapa nak betul!


lepastu,syaitan tak pengaruhi korang dan harap korang berubah dalam masa sehari.syaitan memang penyabar.syaitan akan terus pegaruhi korang secara perlahan lahan(kadang kdang sampai bertahun)


sekarang sight mana yang korang tengok?


ok.aku nampak macam ni.syaitan cuba MEMENANGI HATI korang dulu.dia akan galakkan apa yang korang suka.lepas tu, barulah dia bertindak dengan cara yang cukup menyenangkan korang dan tanpa korang sedari sehingga lah sampai ke matlamat asalnya,iaitu menyesatkan korang!



syaitan bertindak sangat licik,dan yang paling syaitan jaga ialah PERASAAN korang.dia takkan sesekali menggalakkan korang buat sesuatu yang korang tak suka buat.pasal nanti korang akan menyampah kat syaitan!



jadi aku pikir pendakwah memang kena belajar dengan syaitan.


first sekali sebelum nak betulkan orang,kita kena usahakan dulu macaman nak tarik perhatian orang.


lepas tu kita cuba bercakap sesuatu yang membuatkan dia senang dan selesa ngan kita




bila dia dah suka dan selesa ngan kita baru kita pengaruhi dia.jangan terus ajar dia benda yang betul tu.cuma PENGARUHI dia supaya dia buat benda yang betul tu.




pastu SABAR.baru jumpa pukul 12tgh,pukul satu dah nak suruh dia pegi masjid?




belajarlah dengan syaitan.SABAR.



berdakwah kena sabar,biar lambat, asalkan orang tak menyampah dengan korang!paling utama jangan sampai orang menyampah dengan islam! yang penting matlamat berdakwah...supaya orang ikut kita..bukan menyampah kat kita!



tapi ingat!! jangan korang pulak ikut macam orang yang korang nak dakwah tu.





oklah tak boleh panjang sangat.nanti ada orang menyampah kat aku.!






ps.harap kalu ada sesiapa yang terbaca idea aku ni BERSABAR.
-tak sabar nak tunggu komen-

Tuesday, May 18, 2010

jumaat,sabtu dan ahad

salam.

beberapa hari ni aku memang sibuk betul.macam biasa setiap hari jumaat aku hantar anak aku yang tiga orang tu gi kumon lepas maghrib.ambik diaorang balik dalam pukul 9.30pm.sampai rumah dalam pukul 10mlm aku terus ambik basikal aku pusing satu taman sampai taman rekreasi,pukul 11 lebih baru aku balik.

pastu hari sabtu pagi pagi lagi aku dah keluar pergi sekolah agama pasal aku dah janji ngan ustaz A(sek keb) nak bawak screen projektor untuk program bar b q malam nanti.screen tu aku pinjam ngan sek agama.punyalah panjang screen tu aku letak dalam mpv aku dari atas dashboard sampai pintu belakang tak boleh tutup habis.terpaksa aku ikat pintu belakang ngan tali.

sampai sek aku turunkan screen letak kat dalam dewan.pastu aku tengok ramai oarang kat kantin tengah makan.semunya cikgu.cikgu sek ni punyalah ramai dekat 80 orang!baru aku ingat hari ni ada gotong royong perdana.cikgu kata gotong royong dibuat satu malaysia!diaorang tak jemput parent pasal program ni last minit.

kat dalam dewan us A tengah mengajar budak kawad kaki.tiba tiba us A datang jumpa aku,dia mintak tolong suruh anak aku yang darjah 3 tu masuk,pasal tak cukup orang.aku terus talipon rumah suruh anak aku siap.anak aku ok je.siap happy lagi pasal kawan dia ada sekali.

us A ajak aku pegi minum sekali ngan diaorang.lepas habis minum aku iku cikgu G pergi scuots deen kemas kemas apa yang patut.penuh ngan cikgu perempuan.aku tak berapa selesa ngan cikgu perempuan.so tak lama lepas tu aku turun pegi tolong us A pasang screen kat tiang bendera.malam ni ada wayang pacak!

tak lama lepas tu ada la beberapa orang ajk pibg yang datang.ydp ngan nydp pun ada gak.so aku duduk minum sekali lagi ngan ydp .bincang pasal sambutan hari guru.pibg nak belanja semua guru makan kat luar.pastu bincang pasal sorang cikgu baru ni nak pinjam duit pibg rm 5000!!

dah habis minum,biasalah ydp nak berasap,so kitaorang sembang pulak kat luar pagar sekolah ngan nydp sekali.tak lama lepas tu bini aku pun sampai bawak anak aku hantar pegi praktis kawad.aku sambung buat apa yang patut.bini aku bawak anak aku yang lagi 3 orang tu pegi shoping.malam ni bar b q tu diorang buat style pot luck.so masing masing kena bawak makanan sendiri. sekolah sediakan tempat bakar,arang,serai ngan minyak.air ada parent toke catering sponser.aku suruh bini aku pegi beli ayam ngan sosej dan buah buahan.

tengahari aku ambik anak aku dah habis praktis pegi makan kat kedai mamak.pastu aku balik rumah sembahyang.ingat lepas zohor nak pegi sekolah balik,prepare untuk malam ni.ntah camana aku terlelap so lepas asar baru aku pegi.sampai sekolah nydp tengah nak siapkan tempat pembakar.nydp ni semua tools dia ada.yang takde cuma pyling je!serius!hari tu dia welding pagar sekolah ngan cikgu dari pukul 12 malam sampai pukul 7pagi!.aku tolong dia potong besi nak buat lapik kat dalam tong drum.nanti aku nak buat satu topik khas pasal nydp.orang kaya yang sangat 'humble'.dia gelarkan diri dia gardener,chif gardener!

malam tu memang ramai yang datang.ada perlantikan pengakap.pastu ada slide show pasal aktiviti pengakap.tak lupa ada pendaftaran pengakap ibubapa(akupun daftar).sebenarnya bar b q ni anjuran pengakap.memang meriah.ada parent tengah bakar ayam,ada yang tengok slide show ade yang tengah makan,ada yang buat buat sibuk(aku ler).lepas habis perlantikan pengakap kat dewan semua budak budak serbu la kat tempat makanan.mak bapak dah kenyang dah.dah habis slide show cikgu G pasang cerita x man 2.

projektor sekolah memang clear,projektor baru so gambar memang cantik.kena pulak dengan sound sistem yang nydp punya.berdentum! memang kelas dia punya sound sistem!ni kalau nak sewa mahu beribu ni!nydp ni ada dua studio sendiri.dia buat sendiri!so malam tu memang semua orang happy.tapi sayang guru besar takde.ada sambutan hari guru peringkat kebangsaan kat pahang.

dekat pukul 12 baru cerita habis.so lepastu semua orang kemas kemas nak balik.sound sistem tu siap ngan karaoke set+moniter,tiba tiba us A gian nak karaoke.dah pukul 12!tak sempat habis satu lagu polis sampai pasal ada orang komplen bising sangat!terus simpan dalam kereta!12 setengah baru habis kemas.balik mandi sembahyang isyak terus tido.

hari ahad ada latihan kawad.pukul 8 aku hantar anak aku pegi sekolah.sampai sekolah baru ada 2 orang.so aku cakap ngan us A nak bawak anak aku pegi minum dulu.aku ajak kawan dia yang 2 orang tu pegi sekali.dah habis minum terus balik sekolah.sampai sekolah aku angkat screen projektor masuk mpv nak hantar balik kat sekolah agama. cikgu G ajak aku pegi minum.ok! lepas minum hantar screen!

tengah duduk minum nydp sampai.siap ngan topi koboi.

"hari ni chif gardener ada kerja nak buat kat balai polis,nak ikut?"

"ok no problem,harini pun takde program apa apa lagi"

cikgu G pun nak ikut sama.kitaorang nak potong rumput kat padang balai polis.nydp selalu main bola kat situ ngan budak budak polis.dia siap bawak 2 mesin rumput,satu yang pakai tolak satu lagi yang sandang kat belakang.dulu ada kontraktor yang potong rumput.tapi sekarang dah takde.dengar cerita gomen chanel duit kat tempat lain!!

so rogram hari ni,potong rumput kat balai polis!!lepas hantar screen kat sekolah agama aku ngan cikgu G terus pegi balai polis.geng polis adala 5 6 orang tengah terkial kial hidupkan mesin rumput.besar jugak padang ni.mesin ada 2,orang ada 10,so kitaorang gilir gilir potong rumput.hari punyalah panas.aku call bini aku suruh hantar tembikai yang ada kat rumah tu datang balai polis.dekat pukul 3 setengah baru habis mesin.pastu diaorang nak buat line pulak!aku cikgu G ngan nydp pegi ambik tempat buat line kat sekolah keb.lepas hantar kat balai aku ngan cikgu G nak balik pasal cikgu G nak kena buat kertas periksa dan aku pulak nak bawak anak aku jalan jalan!

oklah dah panjang sangat dah n3 aku ni.lain kali aku cerita lagi..

assalamualaikum!!!