Sunday, October 2, 2011

tuhan tak mencampuri urusan kita

salam.

dah lama aku nak dapatkan kepastian tentang tajuk kat atas tu. aku tak ingat, idea tu, idea aku sendiri atau aku dengar dari mana mana.alasannya cukup mudah.kalulah tuhan mencampuri urusan hidup kita, tentulah orang palestin tak kena tindas macam harini. pastu islam mestilah sentiasa baik dan molek sentiasa, terutama sekali penganutnya.

orang kita selalu sahaja mengaitkan peristiwa peristiwa yg baginya tak boleh dijelaskan logiknya, dengan keajaiban dari tuhan, dan yg paling ketara bila berlaku musibah terus sahaja dilabel ujian yg datangnya dari tuhan. seolah olah tuhan sentiasa inginkan hambaNya ditimpa musibah dan keburukkan. sedang kan jelas di dalam al quran, Allah menyatakan "setiap yang baik itu dari Allah,dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri kamu sendiri".


jarang sekali kita mendengar dari mulut orang kita,yang mengaitkan campur tangan tuhan bila dia mendapat nikmat, contohnya bila naik gaji, yang disebut hanya majikannya atau usahanya sendiri. begitu juga kalu anak anak cemerlang dalam peperiksaan, terus sahaja berterima kasih kepada guru guru ,pusat tuisyen, atau orang orang yg mendoakan kejayaannya. tidak pula terus mengaitkan campur tangan tuhan sepertiman bila dilanda ujian dan musibah.


idea diatas tidak langsung menafikan kuasa tuhan. cuma nak membuka mata orang kita, bahawa Allah telah menyediakan sistem untuk kita menjalani kehidupan dan Allah tidak sekali kali melanggar sistem itu, contohnya bumi yang bergerak diatas paksinya sambil mengelilingi matahari,sistem itu telah Allah jadikan bahawa bumi mengelilingi matahari, dan tidak sekali kali matahari boleh mengelilingi bumi, walaupun Allah mampu berbuat demikian.


sehinggakan hari kiamat itupun akan berlaku mengikut sistem yang telah ditetapkan(sila rujuk falaq syarie), dan pakar pakar angkasa yg islam mahupun bukan islam telah meramalkan beberapa teori tentang kiamat yang mengikut sistemnya.


ok. itu cerita universe.serius betul ayat aku kat atas tu...ok..kita balik semula kat bumi nyata.


aku cukup sakit hati bila ada bala bencana,gempa bumi ,tsunami, banjir, dan apa apalah yng korang semua tak tahu explanationnya, maka secara autimatiknyan korang akan kata ini semua ujian tuhan..seolah olah tuhan takde kerja lain, selain dari bagi bencana kat korang..


'Allah tidak membuat sesuatu tanpa sebab'. itu ayat quran.. benda benda semua tu, ada sebab musababnya, dan kalau sebab benda yang baik, yang tu memang dah confirm dari Allah, tapi kalau yang buruk macam bencana semua tu, atau anak korang semua tak dengar cakap, biadap, tak hormat orang tua, malas belajar, buang anak,(rujuk harian metro) semua tu adalah dari KELEMAHAN DIRI KAMU SENDIRI...


pasal banjir, tsunami, gempa semua tu korang rujuk jabatan alam sekitar.. yang ada astro tengok discovery,jgn buang masa tengok cerita lawak ngan cerita hantu yng takde pekdah tu....tok det pun dah bagi explanation, pasal apa budak budak kita selalu kena histeria ngan rasuk semua bagai!


dan ada aku dengar jugak bahawa sistem yang Allah jadikan untuk kehidupan manusia adalah kelogikkan(logik),dan Allah takkan jadikan sesuatu tanpa sebab(logik).


ok.aku tahu korang susah nak terima..pastu akan cakap..habih yang mukjizat nabi tu macamana?


ok yang tu aku dah rujuk ustaz bahawa semua mukjizat yang pernah disampaikan oleh nabi muhammad itu adalah benar,dan itu Allah cuma nak tunjukkan kuasa "kunfayakun"Nya.kita mesti ingat,walau pun Allah tidak melanggar sistem yg telah dibuatnya tapi kuasanNya tiada batasan.hanya mukjizat yang diceritakan didalam Al quran sahaja....selain dari itu tertakluk kepada sistemNya(logik)........



wallahua'lam......



salam ukhwah