Saturday, May 29, 2010

kaum muda,kaum tua,tasawwuf/tarikat/sufi,salaf,tabligh,khilafah,pemerintah, pembangkang,mana satu yang betul

Salam.




Tajuk ni banyak membuatkan korang semua dalam dilema, mana satu yang betul?. Aku pun dulu dulu macam tu gak...dan aku tak suka sesuatu yang takde jawapan.


So bila aku pening dengan satu satu aliran, aku cuba mendalami pemikiran tu...dan macam biasa, aku cuba lihat dari kacamata aliran tu. Dan setelah aku teliti berdasarkan kemampuan aku, aku dapati semua pemikiran yang kat atas tu ada asasnya. Takde satupun pemikiran kat atas tu dibuat secara mudah atau dibuat sesuka hati!.


Setakat yang aku boleh paham, semua pemikiran tu dibuat atau diasaskan berdasarkan rasa cinta kepada negara dan agama Allah. Semuanya mencari jalan terbaik untuk agama dan negara kita ni.


Kaum muda cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan, yang pada aku, banyak jugak yang mungkin ada dalam pemikiran kaum tua.


Kaum tua pun macam tu jugak. Cuba untuk membaiki kelemahan yang ada dalam pemikiran kaum muda. Tasawuf diujudkan untuk mengimbangi pemikiran salaf, begitu jugak sebaliknya. Tabligh juga turut mewarnai dakwah terutama dalam berdakwah pada orang-orang yang kurang pengetahuan dalam beragama.


Khilaafah pulak diujudkan untuk megimbangi kuasa pemerintah dan cuba untuk mengembalikan pemerintahan seperti zaman Rasulullah. Dunia tanpa sempadan!


Pemerintah pulak cuba memberi keadilan (walaupun banyak sangat kelemahan) kepada semua kaum dan agama serta memfokus kepada orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara.


Pembangkang pulak cuba sedaya upaya membetulkan kerajaan yang banyak sangat kelemahan.Terutama dalam pengamalan syariat Islam.


Bagi aku semua pemikiran tu ada sumbangannya dalam agama ni. Masaalah mula timbul bila masing-masing tak mahu belajar dan terus berhenti belajar.


Bila korang dah mula memahami pemikiran kaum muda, maka korang pun berhenti setakat kat kaum muda. Korang berhenti belajar pemikiran-pemikiran yang lain selain dari dari kaum muda. Macam tu jugak ngan kaum tua...tak nak langsung belajar dan cuba memahami kaum muda.


Macam tu lah yang berfikiran salaf pun sama jugak. Tidak cuba memahami dan mendalami pemikiran tasawuf. Tasawuf jugak sering saja menyalahkan salaf. Macam tu lah dengan pemikiran yang lain-lain tu. Kita saling salah menyalah tanpa pernah cuba belajar dan memahami secara mendalam pemikiran-pemikiran yang tak sealiran dengan kita.


Ok. Aku rasa korang dah faham keadaan yang berlaku! Sekarang aku nak bagi cadangan camana nak jadikan hidup korang tidak lagi dalam dilema(aku alu-alukan jika korang ada cadangan lain).


Aku cuma nak tengok ada ramai lagi orang-orang Islam yang sentiasa yakin dengan diri masing masing, bersikap positif serta confident, tanpa perlu asyik menyalahkan orang lain dan dihormati oleh orang-orang Islam lain mahupun yang bukan Islam.


Dan yang paling penting,korang pandai jugak menghormati orang . Barulah korang semua boleh jadik cool macam lobai cool walaupun korang tak berapa nak hensem!(jangan mara aaa)Tapi kalau korang sentiasa cool korang akan nampak hensem jugak! Tapi muka yang hensem tu, akan nampak huduh sangat bila korang asyik menyalahkan orang lain!


Ok,mula-mula korang kena bukak minda korang supaya boleh menerima apa sahaja ilmu, walaupun dari orang bukan Islam. Pasal macam ustaz kat masjid rumah aku cakap, ilmu yang baik tu takde yang kapir ataupun Islam! Yang kapir dan Islam tu ialah manusia. Ilmu semuanya datang dari Allah. Cuma kalau orang Islam buat kita panggil ilmu Islam.


Contohnya ilmu perubatan kalau diamalkan oleh orang Islam kita panggil perubatan Islam. Takkan kita nak panggil perubatan hospital tu kapir pulak, pasal banyak yang dicipta oleh orang kapir! Jadi ilmu apapun semua dari Allah.


Jadi, jangan bataskan pemikiran korang dalam menerima ilmu yang baik dan bermanfaat. Terima apa sahaja ilmu.


Macam tu jugak dengan pemikiran. Korang kena terima pemikiran apa pun.


Jangan risau menerima pemikiran orang lain. Sebab menerima pemikiran orang tak semestinya kita kena ubah pemikiran kita pulak! Dengan menerima pemikiran orang mungkin akan menambahkan keyakinan kita pada pemikiran yang kita pegang.


Lagi satu jangan sekali-kali cuba memahami pemikiran orang dengan menggunakan kacamata kita. Kalau nak betul-betul paham, kita kena melihat dari kacamata pemikiran tu. Baru kita boleh paham.


Kalau kita melihat pemikiran orang lain dengan kacamata kita, maka memang banyaklah kelemahan yang kita akan jumpa!


So, kalau korang dah boleh bukak minda, aku nak bagi cadangan lagi satu.


Kalau korang cenderung pada pemikiran kaum muda, stop!!

Korang cuba rehat kejap.


Tarik nafas panjang panjang. Lepas tu korang cuba masuk pulak dalam pemikiran kaum tua!


Korang pegi pondok mana-mana, korang belajar dan jangan lupa mengaji kitab kuning! Kepada pahaman yang lain lain jangan sesekali menilai pahaman kaum muda selagi korang belum dengar semua ceramah diaorang yang banyak diupload dalam you tube.


Kalau korang cenderung kat kaum tua pun macam tu jugak. Korang pegi beli buku-buku ibnu taimiyah, syeikh abdul wahab, bin baz dan banyak lagi. Dan jangan lupa rujuk dengan ustaz-ustaz dan protaz dia orang!dan dengar jugak ceramah diaorang kat internet.Baru boleh menilai!


Geng-geng salaf bolehlah cari mana-mana kumpulan tarikat/tasawwuf dan jangan lupa bai'ah!korang kena suluk 40 hari dulu, baru korang boleh menilai orang orang tarikat/tasawwuf!Dan geng-geng tarikat/tasawwuf pulak bukak-bukaklah web atau blog geng salaf yang memang banyak lagi meriah! Tukar pemikiran korang, bahawa kita kena beribadah betul betul hanya mengikut apa yang pernah di buat oleh rasulullah dan sahabat sahabat. Utamakan hadis yang soheh. Baru boleh menilai salaf.


Karkun-karkun bolehlah pergi kat mana-mana pejabat cawangan pas, dan jangan lupa daftar! Jangan sesiapa nak cuba mengkritik geng tabligh selagi korang tak pernah keluar sekurang kurangnya 3 hari ngan diaorang. Nak lagi paham korang kena keluar 40 hari!!


Orang umno pulak pegilah ziarah markaz-markaz pas,dan jangan lupa bagi sumbangan. Korang kan banyak peruntukan.. dan sesiapa yang nak mengutuk unmo korang kena ikuti dulu perhimpunan agong umno secara ekslusif dari ucapan presiden sampailah membahaskan usul sul, baru korang boleh menilai.


Dan orang pas pulak berjinak-jinaklah dengan masjid umno, sebab selalunya memang diaorang perlukan sokongan korang bila nak meramaikan majlis! Kepada sesiapa yang nak kritik pas kena pegi buat lawatan ke kelantan dan dengar kuliah suboh dari tok guru Nik Aziz dulu baru boleh kritik.


Aku bagi cadangan bukan apa....cuma aku nak korang betul-betul paham apa yang korang pegang dan apa yang korang nak kritik. Kalau korang tak paham lepas tu nak kritik pemikiran orang lain tak betul, dan hanya pemikiran korang je yang betul, nanti korang akan nampak macam Pak Pandir moden yang tak tahu apa apa pasal motor, lepas tu siap nak nasihat orang jangan membazir guna gear banyak-banyak...guna gear satu je!!! Kalau gear satu dah rosak baru guna gear dua pulak!! Kan ke memalukan...


Dengan bersikap terbuka insyaAllah korang akan lebih yakin dengan pegangan korang,tanpa perlu menyalah orang lain bila ada kelemahan dipihak korang.Bila korang tak menyalah kan orang barulah korang akan perbaiki segala kelemahan dalam aliran pemikiran yang korang dok pegang tu!


Aku bukannya apa,cuma teringin nak tengok semua pemikiran yang ada pada orang Islam tu semuanya saling kuat menguatkan,bukan saling lemah-melemahkan antara satu dengan lain.


Satu lagi pada korang yang nakkan semua pemikiran kat atas tu bersatu dalam satu pemikiran, aku memang tak setuju ngan korang....pasal, bila kita punya pemikiran yang sama, maka kita tidak lagi nampak kelemahan-kelemahan yang kita ada. Dan ilmu Islam takkan berkembang sebab kita dah ada satu pemikiran yang dianggap sempurna. Berlapang dadalah dengan kepelbagaian yang kita ada!

Oklah. Aku bukannya nak mengajar korang...cuma aku nak berkongsi idea dengan korang. Aku tahu idea aku ni banyak kelemahan, tapi aku cuba sedaya upaya nak melihat korang semua, dan aku jugak, supaya bertindak dalam kematangan. Barulah kita dihormati orang! Dan yang paling penting sekali supaya hidup kita lebih cool tanpa ada orang yang menyampah ngan kita dan kita pun tak payah susahkan diri menyampah kat orang lain!!





Oklah salam 1 Malaysia !

Takbiiirr! Allahuakbar!

Monday, May 24, 2010

belajar dengan syaitan

salam.



tajuk ni memang aku tujukan sesangat kat sesiapa yang ada niat nak berdakwah!boleh ke tak aku tak tahu, dah ada fatwa ke belum korang googlelah sendiri.apa apa pun aku cuma nak kongsi aku punya idea,kalau salah bolehlah komen ikut suka hati.aku tak marah..aku suka kalau ada idea yang lain dari apa yang aku pikir.



aku dah baca banyak blog dan laman web.ada yang suka suka ,ada yang meluahkan perasaan,ada yang takde arah,ada yang boring ,ada yang nak berdakwah ada yang nak tunjuk terer(apa apalah),nak bagitahu satu dunia bahawa idea dialah paling tip top!aku bukan nak marah.kan nama aku lobai cool, so aku try to be cool!he he.



tapi bagi aku apapun idea korang,aku tetap hargai,sebab kalau semua orang dengan idea yang sama,tak cool hidup ni!cuba korang bayangkan kalau semua orang sama dan setuju ngan idea korang,punyalah boring!lepas bagi idea semua senyap,takde sape bantah takde sape nak pertikai.lama lama korang pun malas nak bagi idea.



so jangan sesekali menyalahkan idea orang.anggap saje idea yang korang tak setuju tu sebagai warna warna yang menyerikan hidup korang!



dan satu lagi korang cuba paham betul betul sight(sudut pandang) penulis idea yang korang menyampah tu.biasanya setiap idea berdasarkan arah mana korang memandang sesuatu.



contohnya jika korang memandang sebuah kereta dari sudut belakang maka korang pun akan cakap kereta ada lampu merah dan satu pintu(bonet),kalau korang pandang dari tepi maka korang akan cakap kereta ada dua pintu dan takde lampu!macamtulah idea korang bila memandang sesuatu dari sudut yang berbeza.




ber balik pada tajuk kat atas.belajar dengan syaitan.cuba korang pikir,dalam mengajak (berdakwah) berbuat sesuatu, sape yang paling pandai.korang tengok kat sekitar tempat korang.kat mana orang lagi ramai pergi.masjid ke pasar malam?.kat pasaraya ke surau?konsert ke ceramah ugama?tutup aurat ke tak tutup aurat?


sape yang lebih berjaya?pendakwah islam ke,syaitan?!


jadi dalam bab mengajak orang syaitan memang advance!


pendakwah????


kena belajar dengan syaitan!!


oppss!!tarik nafas dalam dalam dan try to be cool!




pasal apa aku pikir macam tu?cuba korang tengok camana pendakwah mengajak orang.kalau orang tak sembahyang pendakwah akan ajak orang tu sembahyang.


kalau tak pakai tudung, suruh orang pakai tudung.


kalau tak kemasjid,ajak orang pegi masjid.sampai imam masjid pun nak ajak sekali!


kalau tak baik suruh orang jadi baik.macamtulah.korang cuba nak suruh orang tu buat apa yang dia taknak buat.akhirnya orang sume menyampah ngan korang.



tapi cuba tengok camana syaitan berdakwah.kalau korang suka sembahyang maka syaitan akan galakkann lagi korang sembahyang sampai korang rasa orang yang tak sembahyang tu semua takkan masuk syurga



kalau korang suka pegi masjid, maka syaitan akan galakkan korang pegi masjid sampai korang rasa sapa yang tak pegi masjid tu semua perosak agama!



kalau korang pakai tudung maka syaitan akan galakkan lagi supaya pakai tudung lagi labuh sampai korang rasa dah tak setaraf nak join ngan orang tak pakai tudung.


kalau korang suka menuntut ilmu,maka syaitan akan galakkan korang menuntut ilmu sampai habis semua ayat quran dan hadis korang hafal,selepas tu tanpa korang sedari syaitan pengaruhi korang sampai korang akan rasa ilmu koranglah yang paling menepati alquran dan hadis dan ilmu orang lain semua tak berapa nak betul!


lepastu,syaitan tak pengaruhi korang dan harap korang berubah dalam masa sehari.syaitan memang penyabar.syaitan akan terus pegaruhi korang secara perlahan lahan(kadang kdang sampai bertahun)


sekarang sight mana yang korang tengok?


ok.aku nampak macam ni.syaitan cuba MEMENANGI HATI korang dulu.dia akan galakkan apa yang korang suka.lepas tu, barulah dia bertindak dengan cara yang cukup menyenangkan korang dan tanpa korang sedari sehingga lah sampai ke matlamat asalnya,iaitu menyesatkan korang!



syaitan bertindak sangat licik,dan yang paling syaitan jaga ialah PERASAAN korang.dia takkan sesekali menggalakkan korang buat sesuatu yang korang tak suka buat.pasal nanti korang akan menyampah kat syaitan!



jadi aku pikir pendakwah memang kena belajar dengan syaitan.


first sekali sebelum nak betulkan orang,kita kena usahakan dulu macaman nak tarik perhatian orang.


lepas tu kita cuba bercakap sesuatu yang membuatkan dia senang dan selesa ngan kita




bila dia dah suka dan selesa ngan kita baru kita pengaruhi dia.jangan terus ajar dia benda yang betul tu.cuma PENGARUHI dia supaya dia buat benda yang betul tu.




pastu SABAR.baru jumpa pukul 12tgh,pukul satu dah nak suruh dia pegi masjid?




belajarlah dengan syaitan.SABAR.



berdakwah kena sabar,biar lambat, asalkan orang tak menyampah dengan korang!paling utama jangan sampai orang menyampah dengan islam! yang penting matlamat berdakwah...supaya orang ikut kita..bukan menyampah kat kita!



tapi ingat!! jangan korang pulak ikut macam orang yang korang nak dakwah tu.





oklah tak boleh panjang sangat.nanti ada orang menyampah kat aku.!






ps.harap kalu ada sesiapa yang terbaca idea aku ni BERSABAR.
-tak sabar nak tunggu komen-

Tuesday, May 18, 2010

jumaat,sabtu dan ahad

salam.

beberapa hari ni aku memang sibuk betul.macam biasa setiap hari jumaat aku hantar anak aku yang tiga orang tu gi kumon lepas maghrib.ambik diaorang balik dalam pukul 9.30pm.sampai rumah dalam pukul 10mlm aku terus ambik basikal aku pusing satu taman sampai taman rekreasi,pukul 11 lebih baru aku balik.

pastu hari sabtu pagi pagi lagi aku dah keluar pergi sekolah agama pasal aku dah janji ngan ustaz A(sek keb) nak bawak screen projektor untuk program bar b q malam nanti.screen tu aku pinjam ngan sek agama.punyalah panjang screen tu aku letak dalam mpv aku dari atas dashboard sampai pintu belakang tak boleh tutup habis.terpaksa aku ikat pintu belakang ngan tali.

sampai sek aku turunkan screen letak kat dalam dewan.pastu aku tengok ramai oarang kat kantin tengah makan.semunya cikgu.cikgu sek ni punyalah ramai dekat 80 orang!baru aku ingat hari ni ada gotong royong perdana.cikgu kata gotong royong dibuat satu malaysia!diaorang tak jemput parent pasal program ni last minit.

kat dalam dewan us A tengah mengajar budak kawad kaki.tiba tiba us A datang jumpa aku,dia mintak tolong suruh anak aku yang darjah 3 tu masuk,pasal tak cukup orang.aku terus talipon rumah suruh anak aku siap.anak aku ok je.siap happy lagi pasal kawan dia ada sekali.

us A ajak aku pegi minum sekali ngan diaorang.lepas habis minum aku iku cikgu G pergi scuots deen kemas kemas apa yang patut.penuh ngan cikgu perempuan.aku tak berapa selesa ngan cikgu perempuan.so tak lama lepas tu aku turun pegi tolong us A pasang screen kat tiang bendera.malam ni ada wayang pacak!

tak lama lepas tu ada la beberapa orang ajk pibg yang datang.ydp ngan nydp pun ada gak.so aku duduk minum sekali lagi ngan ydp .bincang pasal sambutan hari guru.pibg nak belanja semua guru makan kat luar.pastu bincang pasal sorang cikgu baru ni nak pinjam duit pibg rm 5000!!

dah habis minum,biasalah ydp nak berasap,so kitaorang sembang pulak kat luar pagar sekolah ngan nydp sekali.tak lama lepas tu bini aku pun sampai bawak anak aku hantar pegi praktis kawad.aku sambung buat apa yang patut.bini aku bawak anak aku yang lagi 3 orang tu pegi shoping.malam ni bar b q tu diorang buat style pot luck.so masing masing kena bawak makanan sendiri. sekolah sediakan tempat bakar,arang,serai ngan minyak.air ada parent toke catering sponser.aku suruh bini aku pegi beli ayam ngan sosej dan buah buahan.

tengahari aku ambik anak aku dah habis praktis pegi makan kat kedai mamak.pastu aku balik rumah sembahyang.ingat lepas zohor nak pegi sekolah balik,prepare untuk malam ni.ntah camana aku terlelap so lepas asar baru aku pegi.sampai sekolah nydp tengah nak siapkan tempat pembakar.nydp ni semua tools dia ada.yang takde cuma pyling je!serius!hari tu dia welding pagar sekolah ngan cikgu dari pukul 12 malam sampai pukul 7pagi!.aku tolong dia potong besi nak buat lapik kat dalam tong drum.nanti aku nak buat satu topik khas pasal nydp.orang kaya yang sangat 'humble'.dia gelarkan diri dia gardener,chif gardener!

malam tu memang ramai yang datang.ada perlantikan pengakap.pastu ada slide show pasal aktiviti pengakap.tak lupa ada pendaftaran pengakap ibubapa(akupun daftar).sebenarnya bar b q ni anjuran pengakap.memang meriah.ada parent tengah bakar ayam,ada yang tengok slide show ade yang tengah makan,ada yang buat buat sibuk(aku ler).lepas habis perlantikan pengakap kat dewan semua budak budak serbu la kat tempat makanan.mak bapak dah kenyang dah.dah habis slide show cikgu G pasang cerita x man 2.

projektor sekolah memang clear,projektor baru so gambar memang cantik.kena pulak dengan sound sistem yang nydp punya.berdentum! memang kelas dia punya sound sistem!ni kalau nak sewa mahu beribu ni!nydp ni ada dua studio sendiri.dia buat sendiri!so malam tu memang semua orang happy.tapi sayang guru besar takde.ada sambutan hari guru peringkat kebangsaan kat pahang.

dekat pukul 12 baru cerita habis.so lepastu semua orang kemas kemas nak balik.sound sistem tu siap ngan karaoke set+moniter,tiba tiba us A gian nak karaoke.dah pukul 12!tak sempat habis satu lagu polis sampai pasal ada orang komplen bising sangat!terus simpan dalam kereta!12 setengah baru habis kemas.balik mandi sembahyang isyak terus tido.

hari ahad ada latihan kawad.pukul 8 aku hantar anak aku pegi sekolah.sampai sekolah baru ada 2 orang.so aku cakap ngan us A nak bawak anak aku pegi minum dulu.aku ajak kawan dia yang 2 orang tu pegi sekali.dah habis minum terus balik sekolah.sampai sekolah aku angkat screen projektor masuk mpv nak hantar balik kat sekolah agama. cikgu G ajak aku pegi minum.ok! lepas minum hantar screen!

tengah duduk minum nydp sampai.siap ngan topi koboi.

"hari ni chif gardener ada kerja nak buat kat balai polis,nak ikut?"

"ok no problem,harini pun takde program apa apa lagi"

cikgu G pun nak ikut sama.kitaorang nak potong rumput kat padang balai polis.nydp selalu main bola kat situ ngan budak budak polis.dia siap bawak 2 mesin rumput,satu yang pakai tolak satu lagi yang sandang kat belakang.dulu ada kontraktor yang potong rumput.tapi sekarang dah takde.dengar cerita gomen chanel duit kat tempat lain!!

so rogram hari ni,potong rumput kat balai polis!!lepas hantar screen kat sekolah agama aku ngan cikgu G terus pegi balai polis.geng polis adala 5 6 orang tengah terkial kial hidupkan mesin rumput.besar jugak padang ni.mesin ada 2,orang ada 10,so kitaorang gilir gilir potong rumput.hari punyalah panas.aku call bini aku suruh hantar tembikai yang ada kat rumah tu datang balai polis.dekat pukul 3 setengah baru habis mesin.pastu diaorang nak buat line pulak!aku cikgu G ngan nydp pegi ambik tempat buat line kat sekolah keb.lepas hantar kat balai aku ngan cikgu G nak balik pasal cikgu G nak kena buat kertas periksa dan aku pulak nak bawak anak aku jalan jalan!

oklah dah panjang sangat dah n3 aku ni.lain kali aku cerita lagi..

assalamualaikum!!!

Wednesday, May 12, 2010

teh halia rawa tosai 2

salam.



pagi ni aku bangun macam biasa.fresh!walaupun tido 1 30am.bangun 6 30am.(subuh anak gajah).tak macam 3tahun lepas,bangun tido macam yang aku cerita sebelun ni.



lepas mandipun dah tak bersin macam dulu lagi.mata pun dah makin bersinar sinar(please..aku tak percaya ngan terapi mata).



'ba! tolong bukak pintu pagar',anak sulong aku yang darjah tiga dah panggil nak pegi sekolah.



'duit belanja dah ambik lom?jangan beli benda mengarut!'itulah ucapan aku setiap pagi.



'jalan tepi,melintas tengok kereta dulu,tunggu adik jalan sama sama'.adik dia baru darjah 1.so senang ,apa apahal kakak dia tolong tengokkan.


rumah aku ngan sekolah dekat je.dalam 200meter kot.senang, tak payah hantar anak pegi sekolah.pagi pagi memang jem kat sekolah tu.jem betul betul kat depan rumah aku.parent selalu turunkan anak diaorang kat depan rumah aku.



hari ni aku ada hal kat prima damansara.lepas hantar anak aku yang 6tahun pegi tadika islam kat sebelah masjid,aku terus pegi.jalan ok je.dari rumah aku pegi situ tak jem pun.5minit dah sampai.



sampai sana ,biasalah pagi pagi kena minum dulu.'waa,cantik kedai mamak ni'.memang kelas kedai mamak ni.dua tingkat,siap ada lif.design dia pun kelas.macam hotel 5star.dahsyat betul mamak ni! kalu korang pegi prima damansara korang kena datang kedai mamak ni.kayu nasi kandar.kat ngan klcc ada satu,pun kelas jugak.(aku ada share ngan diorang)he he he.kepada sesiapa yang anti kedai mamak jangan marah marah,stay cool!



aku naik tingkat atas,bawah dah penuh!macam biasalah,aku kalau pegi kedai mamak,aku order macam tajuk kat atas tu.rawa tosai tu oklah, agak kurang kalori tapi teh halia tu tinggi jugak kalori dia.1hari secawan ok la.pastu kena minum air mineral banyak banyak!pastu ,satu yang aku perati kedai mamak ni kedekut sikit.diaorang tak letak banyak perasa.setahu aku diaorang memang jarang guna msg(ajinomoto).aku memang cuba elakkan benda benda yang bukan nature.


ok.sambung cerita sebelum ni.



hah!aku kena bisul.doktor bagi antibiotik.dari apa yang aku baca antibiotik ni bunuh habis semua kuman kat dalam badan aku jadi badan aku tak yah lawan kuman tu. memang best ada orang tolong lawan.tapi kesan dia badan aku makin lemah,tak reti nak melawan sendiri.



jadi masaalah tak selesai jugak.aku kena bergantung ngan antibiotik pulak!ciss!! macamni tak boleh jadi ni.dah la aku ada alergi kat cynus(orang melayu panggil resdong)badan aku selalu sengal sengal,cepat letih,selalu mengantuk(walaupun tido cukup 7-8jam),stamina pun problem,pastu sakit belakang lagi,berak pun selalu keras dan tak hari hari(masaalah besar tu!)ditambah pulak dengan emosi yang tak stabil,selalu cepat marah!aku tekad "i have to change my lifestyle!"



tapi camana?!



jeng jeng jeng!!



sila dapatkan keluaran terbaru syarikat saya.kopi cool...ha ha ha!



oklah. dah penat!kita sambung lain kali pulakk....


ma assalaamah!






Tuesday, May 11, 2010

teh halia rawa tosai

salam

hari ni lepas hantar anak aku pegi kumon,aku terus pegi kedai mamak macam biasa yang aku buat.

tengok kiri kanan takde pulak yang aku kenal.cuma uncle lim tengah duduk sorang sorang tengok badminton.

'mamak.. biasa!' aku duduk sorang je malas nak sembang ngan uncle lim.

tengah belek belek phone aku, teh halia sampai."bang ..tanya sikit boleh?handphone lama adaka?'

'handphone lama aku sume dah hancur,anak aku baling kat dinding'.mamak tu terus blah layan orang lain.aku ingat ni dah masuk lapan kali dia tanya benda yang sama.satu lagi soalan diaorang suka tanya 'bang..adik kicik mana?'diaorang memang suka ngan anak aku yang setahun tu.
'thank you ha!'rawa tosai aku dah sampai.bagi aku yang minat rawa tosai, kat sinilah yang paling best sekali.korang nak try?korang carikla kedai mamak yang dekat ngan 1utama.

dulu aku langsung tak minat tosai. hari hari aku bedal nasik ngan lauk pauk orang melayu yang sedap,berlemak dan berminyak!sayur langsung aku tak minat.exersise cuma tengah malam je!ngan bini aku.sampai satu tahap antibodi aku makin lemah.

pagi pagi bangun tido punyelah liat.pastu bila jalan, kaki sakit sakit.paksa jugak jalan pegi mandi.lepas mandi bersin tak henti henti.mata pulak gatal gatal dan merah macam orang hisap ganja!

satu masa aku start kena alergi kat jari.ada biji biji kat hujung jari,dalam dia ada air.aku pegi farmasi mintak ubat,dia bagi ubat alergi.mula mula makan ok pastu tak makan, jadi balik.akhirnya terpaksa aku makan ubat tu hari hari.lepas beberapa bulan ubat tu dah tak efektif lagi,aku tanya doktor dia cakap aku kena tukar ubat alergi yang lain pulak!

macamtulah hidup aku beberapa tahun.satu masa aku punya penyakit dah tambah lagi satu.kerap kena bisul.ciss!mula mula kat ketiak. aku pegi klinik, doktor bagi aku antibiotik yang baiikk punya,(mahal giler)bisul terus kecut!lama lepas tu kena kat buntut pulak.kena antibiotik kecut! pastu kat muka,kaki buntut balik sampai aku naik meluat ,aku tanya doktor,'apahal ni doktor'.dia cakap antibodi aku tak kuat,kena banyak exersise!jaga makan!

alamak dah pukul 1 30am.cerita belum habih lagi.maklumlah orang baru belajar menaip,berjam jam aku nak taip cerita ni.oklah aku nak tido.sambung lain kali!

assalamualaikum!!
salam.

horeyy!!

hari ini dalam sejarah maka terujudlah sebuah blog tempat aku belajar menaip dan berkongsi idea ngan sesiapa yang sudi.

pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kat encik hamka yang aku kenal melalui blog kereta mayat.

blog kereta mayat adalah tempat pertama aku belajar menaip secara online(tolong jangan gelak)beberapa bulan lepas.selepas dah komen 8,9,10,11,kali maka aku dah ada konfiden nak buat blog sendiri.

punyelah senang nak buat blog sendiri.kalu aku tahu senang camni dari umur 6tahun lagi aku dah start buat blog!

ok,cukuplah takat ni,akubelum tengok blog aku lagi.baru testing menaip,dah tak sabar nak tengok aku punye blog sendiri!!!

ok sape sape yang tersesat kat blog aku tolonglah komen sikit, kalau tak tahu nak tulis apa,tulis hello pun jadiklah.

hey!nanti korang mesti bangga pasal jadi first komen kat dalam blog aku.itupun kalu blog aku nanti dah jadi femes macam kereta mayat.he he he he he

ma assalaamah!