Monday, July 12, 2010

esq program,saudaraku jangan keliru lagi.

salam

lama betul aku tak update blog ni.nak kata sibuk,sibuk la jugak,tapi sebenarnya takde isu isu menarik yang aku nak taip. cuma ada satu isu ni yang membuatkan aku terasa nak menaip sesuatu.


bagi aku isu ni lebih kurang sama jugak dengan isu isu sensasi yang biasa mendapat tempat dihati rakyat 1malaysia. kita ni minat sangat mencari kesalahan, meletakkan kesalahan dan meng"hilight" keburukan sesama sendiri.


seingat aku, dulu dulu orang melayu taklah pandai sangat buat kerja kerja ni. tapi sekarang ni semakin pandai dan dah macam satu penyakit yang dah merebak dikalangan rakyat 1malaysia. tak kira dipihak pemarintah, pembangkang mahupun yang berkecuali. dan yang paling aku sedih sekali sekarang ni, dah melibatkan agamawan(yang ni betul betul satu malaysia bersatu!)




semua ni adalah hasil didikan paling efektif zaman ini iaitu media. dari surat khabar, tv dan tak ketinggalan jugak laman laman sosial dan blog yang semakin lantang mencari, meletak dan meng"hilight" kelemahan dan keburukkan sesama sendiri. disokong pulak oleh puak puak politik, orang orang yang ada kepentingan dan sekarang, agamawan yang nak meluaskan coverage, rakyat 1malaysia memang dibentuk oleh media utama, dan ustaz ustaz idola 1malaysia ni.




kadang kadang aku macam nak marah pun ada,nak nangis pun ada, bila aku pegi sembahyang jumaat, dan dengar khatib yang baca khutbah pun dah pandai 'hiligt' keburukkan orang melayu islam, siap dengan statistiknya sekali, manakala memberi nasihat hanya dibuat secara umum yang kita langsung tak boleh nak dipraktikkan, sedangkan menceritakan keburukan sangatlah 'detail' dan penuh bersemangat!


Sebenarnya aku baru je habis baca kertas kerja mufti wilayah, punyalah panjang, 40 mukasurat!memang ada asasnya bila seseoring mufti buat keputusan, bukannya dia buat sorang sorang. satu jabatan terlibat!, jadi aku nak nasihat kat korang semua, cubalah respek sikit bila mufti buat satu satu keputusan.




hah, tengok! aku pun dah semakin pandai mencari, meletak dan meng'hilight' kesalahan. terima kasih media media yang dah berjaya mempengaruhi aku.semoga kalian mendapat balasan yang setimpal diakhirat kelak.




sebenarnya,aku cuma nak nasihatkan diri aku dan dah tentu korang semua,supaya lebih banyak membaca dan berfikir dari bercakap, sebab bila kita berfikir dan kita belajar, maka kita akan terasa bahawa banyak benda yang kita tak tahu dari yg kita tahu. dan kalau kita dah terlalu banyak membaca dan berfikir, sampai banyak sangat yg kita tahu, waktu tu kita akan sedar bahawasanya kita ni tak tahu apa apa!


cukuplah tu aku suruh korang berfikir,aku cuma nak beritahu kat korang bahawa inilah artikel pendek yg paling lama nak siap, aku taip perenggan 1 sampai 6 pada 7hb 10 2010, lepas tu aku tak bukak blog sampai hari ni, pasal aku rasa aku ni tak tahu apa apa! aku takut aku merapu tah apa apa!


tup tup hari ni(19 jun 2011),terbukak lak hati aku nak sambung balik pelajaran menaip aku!tak tahulah aku ada orang baca ke tidak,tapi yg penting bagi aku, aku boleh lajukan sikit tangan aku menaip...walaupun guna dua jarii......(tolong jangan gelak!)dan harap harap aku tak merapu mengulas isu yg aku sendiri tak tahu..



ok,selamat malam & salam ukhwah!

1 comment: