Tuesday, May 18, 2010

jumaat,sabtu dan ahad

salam.

beberapa hari ni aku memang sibuk betul.macam biasa setiap hari jumaat aku hantar anak aku yang tiga orang tu gi kumon lepas maghrib.ambik diaorang balik dalam pukul 9.30pm.sampai rumah dalam pukul 10mlm aku terus ambik basikal aku pusing satu taman sampai taman rekreasi,pukul 11 lebih baru aku balik.

pastu hari sabtu pagi pagi lagi aku dah keluar pergi sekolah agama pasal aku dah janji ngan ustaz A(sek keb) nak bawak screen projektor untuk program bar b q malam nanti.screen tu aku pinjam ngan sek agama.punyalah panjang screen tu aku letak dalam mpv aku dari atas dashboard sampai pintu belakang tak boleh tutup habis.terpaksa aku ikat pintu belakang ngan tali.

sampai sek aku turunkan screen letak kat dalam dewan.pastu aku tengok ramai oarang kat kantin tengah makan.semunya cikgu.cikgu sek ni punyalah ramai dekat 80 orang!baru aku ingat hari ni ada gotong royong perdana.cikgu kata gotong royong dibuat satu malaysia!diaorang tak jemput parent pasal program ni last minit.

kat dalam dewan us A tengah mengajar budak kawad kaki.tiba tiba us A datang jumpa aku,dia mintak tolong suruh anak aku yang darjah 3 tu masuk,pasal tak cukup orang.aku terus talipon rumah suruh anak aku siap.anak aku ok je.siap happy lagi pasal kawan dia ada sekali.

us A ajak aku pegi minum sekali ngan diaorang.lepas habis minum aku iku cikgu G pergi scuots deen kemas kemas apa yang patut.penuh ngan cikgu perempuan.aku tak berapa selesa ngan cikgu perempuan.so tak lama lepas tu aku turun pegi tolong us A pasang screen kat tiang bendera.malam ni ada wayang pacak!

tak lama lepas tu ada la beberapa orang ajk pibg yang datang.ydp ngan nydp pun ada gak.so aku duduk minum sekali lagi ngan ydp .bincang pasal sambutan hari guru.pibg nak belanja semua guru makan kat luar.pastu bincang pasal sorang cikgu baru ni nak pinjam duit pibg rm 5000!!

dah habis minum,biasalah ydp nak berasap,so kitaorang sembang pulak kat luar pagar sekolah ngan nydp sekali.tak lama lepas tu bini aku pun sampai bawak anak aku hantar pegi praktis kawad.aku sambung buat apa yang patut.bini aku bawak anak aku yang lagi 3 orang tu pegi shoping.malam ni bar b q tu diorang buat style pot luck.so masing masing kena bawak makanan sendiri. sekolah sediakan tempat bakar,arang,serai ngan minyak.air ada parent toke catering sponser.aku suruh bini aku pegi beli ayam ngan sosej dan buah buahan.

tengahari aku ambik anak aku dah habis praktis pegi makan kat kedai mamak.pastu aku balik rumah sembahyang.ingat lepas zohor nak pegi sekolah balik,prepare untuk malam ni.ntah camana aku terlelap so lepas asar baru aku pegi.sampai sekolah nydp tengah nak siapkan tempat pembakar.nydp ni semua tools dia ada.yang takde cuma pyling je!serius!hari tu dia welding pagar sekolah ngan cikgu dari pukul 12 malam sampai pukul 7pagi!.aku tolong dia potong besi nak buat lapik kat dalam tong drum.nanti aku nak buat satu topik khas pasal nydp.orang kaya yang sangat 'humble'.dia gelarkan diri dia gardener,chif gardener!

malam tu memang ramai yang datang.ada perlantikan pengakap.pastu ada slide show pasal aktiviti pengakap.tak lupa ada pendaftaran pengakap ibubapa(akupun daftar).sebenarnya bar b q ni anjuran pengakap.memang meriah.ada parent tengah bakar ayam,ada yang tengok slide show ade yang tengah makan,ada yang buat buat sibuk(aku ler).lepas habis perlantikan pengakap kat dewan semua budak budak serbu la kat tempat makanan.mak bapak dah kenyang dah.dah habis slide show cikgu G pasang cerita x man 2.

projektor sekolah memang clear,projektor baru so gambar memang cantik.kena pulak dengan sound sistem yang nydp punya.berdentum! memang kelas dia punya sound sistem!ni kalau nak sewa mahu beribu ni!nydp ni ada dua studio sendiri.dia buat sendiri!so malam tu memang semua orang happy.tapi sayang guru besar takde.ada sambutan hari guru peringkat kebangsaan kat pahang.

dekat pukul 12 baru cerita habis.so lepastu semua orang kemas kemas nak balik.sound sistem tu siap ngan karaoke set+moniter,tiba tiba us A gian nak karaoke.dah pukul 12!tak sempat habis satu lagu polis sampai pasal ada orang komplen bising sangat!terus simpan dalam kereta!12 setengah baru habis kemas.balik mandi sembahyang isyak terus tido.

hari ahad ada latihan kawad.pukul 8 aku hantar anak aku pegi sekolah.sampai sekolah baru ada 2 orang.so aku cakap ngan us A nak bawak anak aku pegi minum dulu.aku ajak kawan dia yang 2 orang tu pegi sekali.dah habis minum terus balik sekolah.sampai sekolah aku angkat screen projektor masuk mpv nak hantar balik kat sekolah agama. cikgu G ajak aku pegi minum.ok! lepas minum hantar screen!

tengah duduk minum nydp sampai.siap ngan topi koboi.

"hari ni chif gardener ada kerja nak buat kat balai polis,nak ikut?"

"ok no problem,harini pun takde program apa apa lagi"

cikgu G pun nak ikut sama.kitaorang nak potong rumput kat padang balai polis.nydp selalu main bola kat situ ngan budak budak polis.dia siap bawak 2 mesin rumput,satu yang pakai tolak satu lagi yang sandang kat belakang.dulu ada kontraktor yang potong rumput.tapi sekarang dah takde.dengar cerita gomen chanel duit kat tempat lain!!

so rogram hari ni,potong rumput kat balai polis!!lepas hantar screen kat sekolah agama aku ngan cikgu G terus pegi balai polis.geng polis adala 5 6 orang tengah terkial kial hidupkan mesin rumput.besar jugak padang ni.mesin ada 2,orang ada 10,so kitaorang gilir gilir potong rumput.hari punyalah panas.aku call bini aku suruh hantar tembikai yang ada kat rumah tu datang balai polis.dekat pukul 3 setengah baru habis mesin.pastu diaorang nak buat line pulak!aku cikgu G ngan nydp pegi ambik tempat buat line kat sekolah keb.lepas hantar kat balai aku ngan cikgu G nak balik pasal cikgu G nak kena buat kertas periksa dan aku pulak nak bawak anak aku jalan jalan!

oklah dah panjang sangat dah n3 aku ni.lain kali aku cerita lagi..

assalamualaikum!!!

No comments:

Post a Comment