Wednesday, May 12, 2010

teh halia rawa tosai 2

salam.



pagi ni aku bangun macam biasa.fresh!walaupun tido 1 30am.bangun 6 30am.(subuh anak gajah).tak macam 3tahun lepas,bangun tido macam yang aku cerita sebelun ni.



lepas mandipun dah tak bersin macam dulu lagi.mata pun dah makin bersinar sinar(please..aku tak percaya ngan terapi mata).



'ba! tolong bukak pintu pagar',anak sulong aku yang darjah tiga dah panggil nak pegi sekolah.



'duit belanja dah ambik lom?jangan beli benda mengarut!'itulah ucapan aku setiap pagi.



'jalan tepi,melintas tengok kereta dulu,tunggu adik jalan sama sama'.adik dia baru darjah 1.so senang ,apa apahal kakak dia tolong tengokkan.


rumah aku ngan sekolah dekat je.dalam 200meter kot.senang, tak payah hantar anak pegi sekolah.pagi pagi memang jem kat sekolah tu.jem betul betul kat depan rumah aku.parent selalu turunkan anak diaorang kat depan rumah aku.



hari ni aku ada hal kat prima damansara.lepas hantar anak aku yang 6tahun pegi tadika islam kat sebelah masjid,aku terus pegi.jalan ok je.dari rumah aku pegi situ tak jem pun.5minit dah sampai.



sampai sana ,biasalah pagi pagi kena minum dulu.'waa,cantik kedai mamak ni'.memang kelas kedai mamak ni.dua tingkat,siap ada lif.design dia pun kelas.macam hotel 5star.dahsyat betul mamak ni! kalu korang pegi prima damansara korang kena datang kedai mamak ni.kayu nasi kandar.kat ngan klcc ada satu,pun kelas jugak.(aku ada share ngan diorang)he he he.kepada sesiapa yang anti kedai mamak jangan marah marah,stay cool!



aku naik tingkat atas,bawah dah penuh!macam biasalah,aku kalau pegi kedai mamak,aku order macam tajuk kat atas tu.rawa tosai tu oklah, agak kurang kalori tapi teh halia tu tinggi jugak kalori dia.1hari secawan ok la.pastu kena minum air mineral banyak banyak!pastu ,satu yang aku perati kedai mamak ni kedekut sikit.diaorang tak letak banyak perasa.setahu aku diaorang memang jarang guna msg(ajinomoto).aku memang cuba elakkan benda benda yang bukan nature.


ok.sambung cerita sebelum ni.



hah!aku kena bisul.doktor bagi antibiotik.dari apa yang aku baca antibiotik ni bunuh habis semua kuman kat dalam badan aku jadi badan aku tak yah lawan kuman tu. memang best ada orang tolong lawan.tapi kesan dia badan aku makin lemah,tak reti nak melawan sendiri.



jadi masaalah tak selesai jugak.aku kena bergantung ngan antibiotik pulak!ciss!! macamni tak boleh jadi ni.dah la aku ada alergi kat cynus(orang melayu panggil resdong)badan aku selalu sengal sengal,cepat letih,selalu mengantuk(walaupun tido cukup 7-8jam),stamina pun problem,pastu sakit belakang lagi,berak pun selalu keras dan tak hari hari(masaalah besar tu!)ditambah pulak dengan emosi yang tak stabil,selalu cepat marah!aku tekad "i have to change my lifestyle!"



tapi camana?!



jeng jeng jeng!!



sila dapatkan keluaran terbaru syarikat saya.kopi cool...ha ha ha!



oklah. dah penat!kita sambung lain kali pulakk....


ma assalaamah!






No comments:

Post a Comment