Monday, May 24, 2010

belajar dengan syaitan

salam.



tajuk ni memang aku tujukan sesangat kat sesiapa yang ada niat nak berdakwah!boleh ke tak aku tak tahu, dah ada fatwa ke belum korang googlelah sendiri.apa apa pun aku cuma nak kongsi aku punya idea,kalau salah bolehlah komen ikut suka hati.aku tak marah..aku suka kalau ada idea yang lain dari apa yang aku pikir.



aku dah baca banyak blog dan laman web.ada yang suka suka ,ada yang meluahkan perasaan,ada yang takde arah,ada yang boring ,ada yang nak berdakwah ada yang nak tunjuk terer(apa apalah),nak bagitahu satu dunia bahawa idea dialah paling tip top!aku bukan nak marah.kan nama aku lobai cool, so aku try to be cool!he he.



tapi bagi aku apapun idea korang,aku tetap hargai,sebab kalau semua orang dengan idea yang sama,tak cool hidup ni!cuba korang bayangkan kalau semua orang sama dan setuju ngan idea korang,punyalah boring!lepas bagi idea semua senyap,takde sape bantah takde sape nak pertikai.lama lama korang pun malas nak bagi idea.



so jangan sesekali menyalahkan idea orang.anggap saje idea yang korang tak setuju tu sebagai warna warna yang menyerikan hidup korang!



dan satu lagi korang cuba paham betul betul sight(sudut pandang) penulis idea yang korang menyampah tu.biasanya setiap idea berdasarkan arah mana korang memandang sesuatu.



contohnya jika korang memandang sebuah kereta dari sudut belakang maka korang pun akan cakap kereta ada lampu merah dan satu pintu(bonet),kalau korang pandang dari tepi maka korang akan cakap kereta ada dua pintu dan takde lampu!macamtulah idea korang bila memandang sesuatu dari sudut yang berbeza.




ber balik pada tajuk kat atas.belajar dengan syaitan.cuba korang pikir,dalam mengajak (berdakwah) berbuat sesuatu, sape yang paling pandai.korang tengok kat sekitar tempat korang.kat mana orang lagi ramai pergi.masjid ke pasar malam?.kat pasaraya ke surau?konsert ke ceramah ugama?tutup aurat ke tak tutup aurat?


sape yang lebih berjaya?pendakwah islam ke,syaitan?!


jadi dalam bab mengajak orang syaitan memang advance!


pendakwah????


kena belajar dengan syaitan!!


oppss!!tarik nafas dalam dalam dan try to be cool!




pasal apa aku pikir macam tu?cuba korang tengok camana pendakwah mengajak orang.kalau orang tak sembahyang pendakwah akan ajak orang tu sembahyang.


kalau tak pakai tudung, suruh orang pakai tudung.


kalau tak kemasjid,ajak orang pegi masjid.sampai imam masjid pun nak ajak sekali!


kalau tak baik suruh orang jadi baik.macamtulah.korang cuba nak suruh orang tu buat apa yang dia taknak buat.akhirnya orang sume menyampah ngan korang.



tapi cuba tengok camana syaitan berdakwah.kalau korang suka sembahyang maka syaitan akan galakkann lagi korang sembahyang sampai korang rasa orang yang tak sembahyang tu semua takkan masuk syurga



kalau korang suka pegi masjid, maka syaitan akan galakkan korang pegi masjid sampai korang rasa sapa yang tak pegi masjid tu semua perosak agama!



kalau korang pakai tudung maka syaitan akan galakkan lagi supaya pakai tudung lagi labuh sampai korang rasa dah tak setaraf nak join ngan orang tak pakai tudung.


kalau korang suka menuntut ilmu,maka syaitan akan galakkan korang menuntut ilmu sampai habis semua ayat quran dan hadis korang hafal,selepas tu tanpa korang sedari syaitan pengaruhi korang sampai korang akan rasa ilmu koranglah yang paling menepati alquran dan hadis dan ilmu orang lain semua tak berapa nak betul!


lepastu,syaitan tak pengaruhi korang dan harap korang berubah dalam masa sehari.syaitan memang penyabar.syaitan akan terus pegaruhi korang secara perlahan lahan(kadang kdang sampai bertahun)


sekarang sight mana yang korang tengok?


ok.aku nampak macam ni.syaitan cuba MEMENANGI HATI korang dulu.dia akan galakkan apa yang korang suka.lepas tu, barulah dia bertindak dengan cara yang cukup menyenangkan korang dan tanpa korang sedari sehingga lah sampai ke matlamat asalnya,iaitu menyesatkan korang!



syaitan bertindak sangat licik,dan yang paling syaitan jaga ialah PERASAAN korang.dia takkan sesekali menggalakkan korang buat sesuatu yang korang tak suka buat.pasal nanti korang akan menyampah kat syaitan!



jadi aku pikir pendakwah memang kena belajar dengan syaitan.


first sekali sebelum nak betulkan orang,kita kena usahakan dulu macaman nak tarik perhatian orang.


lepas tu kita cuba bercakap sesuatu yang membuatkan dia senang dan selesa ngan kita




bila dia dah suka dan selesa ngan kita baru kita pengaruhi dia.jangan terus ajar dia benda yang betul tu.cuma PENGARUHI dia supaya dia buat benda yang betul tu.




pastu SABAR.baru jumpa pukul 12tgh,pukul satu dah nak suruh dia pegi masjid?




belajarlah dengan syaitan.SABAR.



berdakwah kena sabar,biar lambat, asalkan orang tak menyampah dengan korang!paling utama jangan sampai orang menyampah dengan islam! yang penting matlamat berdakwah...supaya orang ikut kita..bukan menyampah kat kita!



tapi ingat!! jangan korang pulak ikut macam orang yang korang nak dakwah tu.





oklah tak boleh panjang sangat.nanti ada orang menyampah kat aku.!






ps.harap kalu ada sesiapa yang terbaca idea aku ni BERSABAR.
-tak sabar nak tunggu komen-

15 comments:

  1. kawan aku ajak aku sembahyang subuh kat surau....dia mula2 baik je ngan aku....tp sayang sejak dia ajak aku g surau kami renggang....aku sedih sbb kehilangan seorang kwn baik....tp aku memang x suka g surau tp dia push(aku jaga sembahyang tp aku x suka g surau)....jd aku jauhkan diri aku.....kesedihan sampai sekarang....

    ReplyDelete
  2. tolong matikan word verification boleh tak????susah la klu org nak komen2....

    ReplyDelete
  3. salam.
    tahniah!pasal kaulah penyandang pengkomen pertama kategori post idea aku
    kategori blog disandang oleh en hamka kereta mayat dan kau dapat tempat kedua kategori blog!

    pada aku yang paling penting adalah "relation"
    kalaupun kau tak nak pegi sembahyang suboh kat surau atas sebab sebab yang munasabah,tak pe, kau explain ngan kawan kau tu baik baik.

    setahu aku yang jahil ni,hukum sembahyang berjemaah tu fardhu kifayah(wajib bagi individu kalau takde orang lain buat,tapi kalau dah ada,hukumnya sunat muakkad)tapi bab menjaga perasaan sesama saudara tu fardhu ain!(wajib setiap orang kena buat,walaupun dah ada orang lain buat)

    ps.hukum kat atas tu setakat yang aku ingat,untuk kepastian sila rujuk kitab atau ustaz.
    -aku dah off word verification.makasih-

    ReplyDelete
  4. hukum beragama terserah pd ahlinya..
    jika tidak berpengetahuan hendaklah
    kamu diam.
    dimana mana org bercakap ttg agama
    tapi isinya ragu2 dan tak pasti..
    akhirnya mereka yg keliru dan tertanya2!

    sertakan lah dalil dan nas beserta kedudukannya
    ambillah pemahaman mengikut pemahaman salaf.
    tolonglah jgn bercakap ttg agama tanpa hujah
    tanpa dalil tnpa rujukan tlg..tlg dan tlg!

    saya hanya islam baka, bkn pengislamanya spt
    abu bakar RA.. usman RA khadijah dll.

    saya mencari islam mengikut pemahaman org2 yg terawal(salaf)..bkn mengikut pemahaman ustaz2 saya,bapak saya,jiran saya yg islam hanyalah kerana UNDANG2 MEWAJIBKAN MELAYU MESTILAH BERAGAMA ISLAM..

    tidak ada alasan mengatakan beragama hanya utk diri sndri,nota utk diri sendiri krn agma utk semua..
    rintihan
    -org yg sama-

    ReplyDelete
  5. Bai...ko bukan saja cool...tapi ada style...heheh...

    ReplyDelete
  6. salam.orang yg sama

    aku takkan dan akan cuba tak menyalahkan sesiapa.

    aku memang menghormati sahabat sahabat yang mendalami bidang hadis,tapi pada aku, yang mutlak hanyalah pada allah dan rasulnya.
    hadis dan alquran boleh saja disalah terjemah/tafsir mengikut kecenderungan masing masing.

    muhammad ibn isa ibn saurah ibn musa ibni aldhahhak al sulami al bughi al tirmizi memulakan sunannya yang sesetengah ulama meletakkan rangkingnya selepas alquran, memulakan kitabnya dengan hadis "inna mal a'maalubinniyyat"yang ditafsirkan kebanyakkan ulama bahawa hadis dan alquran boleh sahaja ditafsir mengikut kucenderungan masing masing berdasarkan niat seseorang.

    apapun kalau kamu rasa aku perlu dibetulkan belajarlah dengan syaitan dan ingat jangan sesekali membuatkan orang menyampah!

    kebenaran bukan hanya untuk ditegakkan,ianya untuk dinikmati bersama!

    ps.rasa diri bersalah adalah peyebab utama Allah masukkan kita kesyurga.rasa diri betul pula adalah senjata utama syaitan untuk menarik manusia ke neraka.
    -salam ukhwah-

    ReplyDelete
  7. salam ibn hajars

    aku masih lagi trying to be cool...dan satu lagi,trying to be stylo.

    ps.makaseh pasal singgah dan komen.untuk pengetahuan kau,aku belajar dari setiap komen yang aku dapat dari korang.

    ReplyDelete
  8. salam oghang kampong...
    haaa den dah teghojah blog ekau, best laaa memang cool. den siap jadi follower ekau lagi ha3, lagi cool he3...

    best3 betol gak apo yg ekau tulih pasal dakwah ni, ramai orang berdakwah ikot perasaan dio sendiri, tapi tak pikir perasaan oghang yg dio dakwahkan, sobab tu oghang malas nak ikot jalan kebaikan tu...

    lagi satu sikap suko mengaibkan oghang yang sering dilakukan oleh pendakwah, sesuatu yg perlu diperbaiki, gune cara yg berhikmah, lemah lembut atau mane2 style yg cool (lagu, lawak jenaka, kartun)... dan ikot peredaran semasa...

    tahniah sahabat, teruskan perjuangan :)

    Kito tambahkan laei waghih2 kito kat N9 ni yg bleh samo2 berjuang utk agamo kito...

    Bilo dah ramai kito akan lebih kukuh, selusurilah sirah nabi, banyak pengajaran yg boleh diambik, asik blaja bondo lain tp tinggalkan sirah tak guno gak kan :)

    ok3...
    dah banyak den bebel ni...

    still cool bebeh :)

    ReplyDelete
  9. ooo ekau tanyo den kan pasal den duk mano...
    den duk nilai, blaja dgree kat USIM tahun 3...
    kolo pilah ni kampong omak den, ayah oghang terentang...

    jomput laa datang pilah ko, nilai ko, bleh ngeteh he3

    ReplyDelete
  10. salam hasrul nizam

    tah apohal tibo tibo den ghaso kaulah waghih den yang paling hensem.timo kasih la nyinggah kek blog den.den ni baru sebulan berblog.banyak kurang eh..nasihat kau memang den akan ikut.bak kato orang tuo tuo,
    kok putih kato kau ,putih la kato den
    kok hitam kato kau,hitamlah kato den!
    -salam ukhwah-

    ReplyDelete
  11. salam..mohon copy article ni ke blog saya ek.. shukran

    ReplyDelete
  12. salam docmelly

    terima kasih kerana singgah dan sudi mengcopy pastekan idea aku yang tak seberapa nih!

    jazakAllahukhairankathiraa..

    ReplyDelete
  13. http://keretamayat.blogspot.com/2009/01/minta-tolong-pada-syaitan.html

    (Cerita tentang teori memanipulasikan syaitan dan jawapan aku kepada mereka yang ada masalah onani..

    "alamilah perbezaannya!"

    ReplyDelete
  14. salam my sifu

    beza!memang berbeza.

    selain daripada method yang berbeza,beza yang satu lagi ialah, orang bujang terpaksa mengaplikasikan ilmu menepuk kepala lutut sambil mengadap komputer!kih! kih! kih! kih!

    ps.teringat aku kat kundi.

    ReplyDelete