Saturday, May 29, 2010

kaum muda,kaum tua,tasawwuf/tarikat/sufi,salaf,tabligh,khilafah,pemerintah, pembangkang,mana satu yang betul

Salam.




Tajuk ni banyak membuatkan korang semua dalam dilema, mana satu yang betul?. Aku pun dulu dulu macam tu gak...dan aku tak suka sesuatu yang takde jawapan.


So bila aku pening dengan satu satu aliran, aku cuba mendalami pemikiran tu...dan macam biasa, aku cuba lihat dari kacamata aliran tu. Dan setelah aku teliti berdasarkan kemampuan aku, aku dapati semua pemikiran yang kat atas tu ada asasnya. Takde satupun pemikiran kat atas tu dibuat secara mudah atau dibuat sesuka hati!.


Setakat yang aku boleh paham, semua pemikiran tu dibuat atau diasaskan berdasarkan rasa cinta kepada negara dan agama Allah. Semuanya mencari jalan terbaik untuk agama dan negara kita ni.


Kaum muda cuba untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan, yang pada aku, banyak jugak yang mungkin ada dalam pemikiran kaum tua.


Kaum tua pun macam tu jugak. Cuba untuk membaiki kelemahan yang ada dalam pemikiran kaum muda. Tasawuf diujudkan untuk mengimbangi pemikiran salaf, begitu jugak sebaliknya. Tabligh juga turut mewarnai dakwah terutama dalam berdakwah pada orang-orang yang kurang pengetahuan dalam beragama.


Khilaafah pulak diujudkan untuk megimbangi kuasa pemerintah dan cuba untuk mengembalikan pemerintahan seperti zaman Rasulullah. Dunia tanpa sempadan!


Pemerintah pulak cuba memberi keadilan (walaupun banyak sangat kelemahan) kepada semua kaum dan agama serta memfokus kepada orang Melayu yang menjadi majoriti dalam negara.


Pembangkang pulak cuba sedaya upaya membetulkan kerajaan yang banyak sangat kelemahan.Terutama dalam pengamalan syariat Islam.


Bagi aku semua pemikiran tu ada sumbangannya dalam agama ni. Masaalah mula timbul bila masing-masing tak mahu belajar dan terus berhenti belajar.


Bila korang dah mula memahami pemikiran kaum muda, maka korang pun berhenti setakat kat kaum muda. Korang berhenti belajar pemikiran-pemikiran yang lain selain dari dari kaum muda. Macam tu jugak ngan kaum tua...tak nak langsung belajar dan cuba memahami kaum muda.


Macam tu lah yang berfikiran salaf pun sama jugak. Tidak cuba memahami dan mendalami pemikiran tasawuf. Tasawuf jugak sering saja menyalahkan salaf. Macam tu lah dengan pemikiran yang lain-lain tu. Kita saling salah menyalah tanpa pernah cuba belajar dan memahami secara mendalam pemikiran-pemikiran yang tak sealiran dengan kita.


Ok. Aku rasa korang dah faham keadaan yang berlaku! Sekarang aku nak bagi cadangan camana nak jadikan hidup korang tidak lagi dalam dilema(aku alu-alukan jika korang ada cadangan lain).


Aku cuma nak tengok ada ramai lagi orang-orang Islam yang sentiasa yakin dengan diri masing masing, bersikap positif serta confident, tanpa perlu asyik menyalahkan orang lain dan dihormati oleh orang-orang Islam lain mahupun yang bukan Islam.


Dan yang paling penting,korang pandai jugak menghormati orang . Barulah korang semua boleh jadik cool macam lobai cool walaupun korang tak berapa nak hensem!(jangan mara aaa)Tapi kalau korang sentiasa cool korang akan nampak hensem jugak! Tapi muka yang hensem tu, akan nampak huduh sangat bila korang asyik menyalahkan orang lain!


Ok,mula-mula korang kena bukak minda korang supaya boleh menerima apa sahaja ilmu, walaupun dari orang bukan Islam. Pasal macam ustaz kat masjid rumah aku cakap, ilmu yang baik tu takde yang kapir ataupun Islam! Yang kapir dan Islam tu ialah manusia. Ilmu semuanya datang dari Allah. Cuma kalau orang Islam buat kita panggil ilmu Islam.


Contohnya ilmu perubatan kalau diamalkan oleh orang Islam kita panggil perubatan Islam. Takkan kita nak panggil perubatan hospital tu kapir pulak, pasal banyak yang dicipta oleh orang kapir! Jadi ilmu apapun semua dari Allah.


Jadi, jangan bataskan pemikiran korang dalam menerima ilmu yang baik dan bermanfaat. Terima apa sahaja ilmu.


Macam tu jugak dengan pemikiran. Korang kena terima pemikiran apa pun.


Jangan risau menerima pemikiran orang lain. Sebab menerima pemikiran orang tak semestinya kita kena ubah pemikiran kita pulak! Dengan menerima pemikiran orang mungkin akan menambahkan keyakinan kita pada pemikiran yang kita pegang.


Lagi satu jangan sekali-kali cuba memahami pemikiran orang dengan menggunakan kacamata kita. Kalau nak betul-betul paham, kita kena melihat dari kacamata pemikiran tu. Baru kita boleh paham.


Kalau kita melihat pemikiran orang lain dengan kacamata kita, maka memang banyaklah kelemahan yang kita akan jumpa!


So, kalau korang dah boleh bukak minda, aku nak bagi cadangan lagi satu.


Kalau korang cenderung pada pemikiran kaum muda, stop!!

Korang cuba rehat kejap.


Tarik nafas panjang panjang. Lepas tu korang cuba masuk pulak dalam pemikiran kaum tua!


Korang pegi pondok mana-mana, korang belajar dan jangan lupa mengaji kitab kuning! Kepada pahaman yang lain lain jangan sesekali menilai pahaman kaum muda selagi korang belum dengar semua ceramah diaorang yang banyak diupload dalam you tube.


Kalau korang cenderung kat kaum tua pun macam tu jugak. Korang pegi beli buku-buku ibnu taimiyah, syeikh abdul wahab, bin baz dan banyak lagi. Dan jangan lupa rujuk dengan ustaz-ustaz dan protaz dia orang!dan dengar jugak ceramah diaorang kat internet.Baru boleh menilai!


Geng-geng salaf bolehlah cari mana-mana kumpulan tarikat/tasawwuf dan jangan lupa bai'ah!korang kena suluk 40 hari dulu, baru korang boleh menilai orang orang tarikat/tasawwuf!Dan geng-geng tarikat/tasawwuf pulak bukak-bukaklah web atau blog geng salaf yang memang banyak lagi meriah! Tukar pemikiran korang, bahawa kita kena beribadah betul betul hanya mengikut apa yang pernah di buat oleh rasulullah dan sahabat sahabat. Utamakan hadis yang soheh. Baru boleh menilai salaf.


Karkun-karkun bolehlah pergi kat mana-mana pejabat cawangan pas, dan jangan lupa daftar! Jangan sesiapa nak cuba mengkritik geng tabligh selagi korang tak pernah keluar sekurang kurangnya 3 hari ngan diaorang. Nak lagi paham korang kena keluar 40 hari!!


Orang umno pulak pegilah ziarah markaz-markaz pas,dan jangan lupa bagi sumbangan. Korang kan banyak peruntukan.. dan sesiapa yang nak mengutuk unmo korang kena ikuti dulu perhimpunan agong umno secara ekslusif dari ucapan presiden sampailah membahaskan usul sul, baru korang boleh menilai.


Dan orang pas pulak berjinak-jinaklah dengan masjid umno, sebab selalunya memang diaorang perlukan sokongan korang bila nak meramaikan majlis! Kepada sesiapa yang nak kritik pas kena pegi buat lawatan ke kelantan dan dengar kuliah suboh dari tok guru Nik Aziz dulu baru boleh kritik.


Aku bagi cadangan bukan apa....cuma aku nak korang betul-betul paham apa yang korang pegang dan apa yang korang nak kritik. Kalau korang tak paham lepas tu nak kritik pemikiran orang lain tak betul, dan hanya pemikiran korang je yang betul, nanti korang akan nampak macam Pak Pandir moden yang tak tahu apa apa pasal motor, lepas tu siap nak nasihat orang jangan membazir guna gear banyak-banyak...guna gear satu je!!! Kalau gear satu dah rosak baru guna gear dua pulak!! Kan ke memalukan...


Dengan bersikap terbuka insyaAllah korang akan lebih yakin dengan pegangan korang,tanpa perlu menyalah orang lain bila ada kelemahan dipihak korang.Bila korang tak menyalah kan orang barulah korang akan perbaiki segala kelemahan dalam aliran pemikiran yang korang dok pegang tu!


Aku bukannya apa,cuma teringin nak tengok semua pemikiran yang ada pada orang Islam tu semuanya saling kuat menguatkan,bukan saling lemah-melemahkan antara satu dengan lain.


Satu lagi pada korang yang nakkan semua pemikiran kat atas tu bersatu dalam satu pemikiran, aku memang tak setuju ngan korang....pasal, bila kita punya pemikiran yang sama, maka kita tidak lagi nampak kelemahan-kelemahan yang kita ada. Dan ilmu Islam takkan berkembang sebab kita dah ada satu pemikiran yang dianggap sempurna. Berlapang dadalah dengan kepelbagaian yang kita ada!

Oklah. Aku bukannya nak mengajar korang...cuma aku nak berkongsi idea dengan korang. Aku tahu idea aku ni banyak kelemahan, tapi aku cuba sedaya upaya nak melihat korang semua, dan aku jugak, supaya bertindak dalam kematangan. Barulah kita dihormati orang! Dan yang paling penting sekali supaya hidup kita lebih cool tanpa ada orang yang menyampah ngan kita dan kita pun tak payah susahkan diri menyampah kat orang lain!!





Oklah salam 1 Malaysia !

Takbiiirr! Allahuakbar!

7 comments:

  1. salam lobai,
    wah3 best laa entry ekau ni.
    pado pendapat den, semua aliran ni saling memerlukan antara satu samo lain, saling kuat menguatkan, teguh meneguhkan. Malangnyo bilo ado sikap fanatisme dalam diri masing2 maka mulo la masing2 nak menuduh antara satu samo lain, dah la fanatik, x nak pulak mengkaji dan mendalami ilmu tu... sikap macam ni bukan setakat kono kek oghang2 awam tapi kat orang2 alim agamo pon kono, jadi makin merebak laa virus perpecahan antaro umat Islam. Pengalaman den ngaji ngan macam2 jenis manusio dapek den tengok kadang2 oghang agamo yg terlalu fanatik ni pulak yg beria2 nak kondem2 aliran lain padahal sepatutnyo sebagai oghang agamo dio kono laa ngajak ke arah kesatuan dan perpaduan tapi ni terbalik pulak....

    ish3,
    oghang2 agamo kono amik kisah bondo2 macam ni, rosak ahli agamo mako musnahlah alam :(

    ReplyDelete
  2. salam.

    memang botul kato kau.bagi den oghang islam akan bersatu kalau sumo eh berfikir...dan bertindak matang serta cool..

    ps.samo lah kito,rantau tu kampung ayah den.umah den kat k.l,dokek ngan sripentas tv3,kalau kau datang bolah sini bolehlah den belanjo kau kek kodai mamak!

    ReplyDelete
  3. takut pada penyelewengan dan bidaah2
    yg berlaku di nusantara mengikut
    rujukan2 ulama2 muktabar..
    harap ikhlas dalam penulisan
    -org yg sama-

    ReplyDelete
  4. salam org yg sama

    tak perlu takut.. kalau anda rasa anda dipihak yang betul,sebarkan tanpa perlu menyakitkan hati orang.

    sekali kita menyinggung perasaan orang,orang takkan terima apa yang kita cakap, sekalipun betul.

    ps. rapatkan ukhwah baru boleh dakwah!

    ReplyDelete
  5. salam,

    Memang tepat sekali apa yang lobai utarakan ni. Semua orang sekarang ni nak memenangkan apa yang mereka faham sahaja.
    Sepatutnya kita perlulah faham semua bentuk ajaran Islam. Kita hanyalah hamba Allah sahaja, hanya Allah yang berhak menentukan segalanya. Dan Allah sangat murka jikalau kita berdebat dan berselisih di dalam agama.
    Tidak salah rasanya kalau kita buka minda dan fikiran untuk terus belajar selagi ianya berada di dalam landasan Islam mengikut pedoman Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

    -Ahmad-

    ReplyDelete
  6. salam Ahmad,

    terima kasih sebab selain dari membaca kau jugak mengomen..bukan apa ,aku rasa bersemangat dan belajar sesuatu bila aku dapat komen dari korang semua.

    kalu semua orang macam kau,memang malaysia ni betul betul akan jadi negara contoh!

    ps.selamat membaca dan mengomen!

    ReplyDelete
  7. mengomen bukan meromen yo kah3...
    sory yo lobai terlanjur kata...

    ReplyDelete